“Pertama Kali Dalam Hidup Jual Baju Raya,” – Sempat Catwalk 3 Minit, Jihan Muse Turut Kongsi Status Kesihatan

Jihan Muse menerusi Instagram ada menyatakan rasa teruja apabila buat pertama kali, dia akan menjual koleksi baju rayanya sekeluarga dengan kerjasama Starvilion.

“Terima kasih semua yg dtg harini #starvilionbalikraya2019 #starvilionexpress

“Alhamdulillah buat pertama kali dalam hidup saya jual baju raya. Jemput lah beli di @starvilion . Ada koleksi kami anak beranak,” tulisnya.

 

 

 

Jihan pada masa sama turut berkongsi perkembangan terhadap status kesihatannya sebelum ini.

“Alhamdulillah juga saya tak kena slipdisc cuma kena berhati2 dan berjaga2 sebab terkehel sedikit. Alhamdulillah dpt gak catwalk 3 minit tadi.

“Masa kerja memang hilang segala sengal. Skrg ni dia da start nyut nyut balik. Elok la mak baring dulu. Terima kasih semua atas doa & ucapan.

“Tunggu baju2 kami di @starvilioncatalogue nanti ok,” akhiri Jihan.

 

Jihan beberapa hari lalu ada berkongsi mengenai dirinya yang telah melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

Salam & hai semua, saya tengah dalam mood excited ni! Tak sabar rasanya nak kongsi dengan awak semua koleksi penuh saya bersama Starvilion. Dengar kata, ramai juga di luar sana yang dah tak tahan nak beli! Sekejap tau, sikit je lagi awak dah boleh dapatkan di Starvilion 😉 . Dan berita baik! Koleksi-koleksi dari Starvilion kini boleh didapati di Isetan KLCC! @starvilion.klcc . Yang pasti awak perlu follow @starvilion untuk segala update terkini kempen #StarvilionBalikRaya2019, dan juga follow @starvilioncatalogue untuk koleksi lengkap setiap jenama, termasuk jenama yang saya gayakan, #StarvilionLadies di Starvilion ✨ . P/s: Dah bersedia untuk saksikan fashion show paling epik 2019? #StarvilionBalikRayaFashionShow2019 . #StarvilionBalikRaya2019 #StarvilionExpress #starvilion #thisisstarvilion #beyourownstar #RTWfashionhub #starvilionladiesxjihanmuse #jihanmuse

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

 

Foto: Instagram Jihan Muse

kredit: MH

Leave a Reply