Resepi Cheesekut Tiramisu Hanya Guna 6 Bahan, Meleleh Beb!

Biskut antara kudap-kudap yang sedap dimakan tidak kira waktu. Selain boleh dimakan begitu saja, ia juga enak jika dicicah bersama secawan teh atau kopi panas. Bukan itu saja, biskut juga boleh dijadikan sebagai bahan utama dalam membuat pelbagai aneka pencuci mulut.

Antara resepi paling mudah yang boleh anda buat sendiri dirumah adalah Cheesekut Tiramisu. Menariknya, resepi ini tidak menggunakan Nescafe namun rasanya cukup sedap!

Bahan-bahan

 

•250 gram cream cheese Tatura

•1/2 cawan susu pekat

•1/4 cawan susu segar

•Serbuk koko

•Biskut Marie perasa Coffee

•Susu segar untuk celup biskut

 

Cara-cara

 

1. Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blend sehingga sebati.

2. Celup biskut dalam susu segar (2 – 3 saat terus angkat).

3. Kemudian lapiskan dengan cheese.

4. Setiap lapisan cheese tabur serbuk koko.

5. Simpan dalam peti ais selama 1 atau 2 jam.

6. Siap!

7. Bekas lapik plastik dulu kalau nak potong kat luar.

Selamat mencuba!

 

kredit: ohbulan

Sumber: Resepi Kek Sedap

Be the first to comment

Leave a Reply