Tahniah! Bella Dally kini sah isteri Arif Izuddin

 

PELAKON Bella Dally selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Cerai dan Rujuk, Wan Mohd Adlan Wan Salleh pada pukul 9.55 pagi di Marina Putrajaya yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.

Arif, 34, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella selain tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Untuk rekod, pasangan itu bertemu pada Ogos tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan hanya selepas lima bulan berkenalan.

 

Arif mengucup dahi Bella selepa ijab dan kabul. Foto Instagram @elfiraloy

Rombongan meminang Bella diadakan di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.

Ini adalah perkahwinan kedua Bella.

Bella atau Nabilah Ali Dally, 28, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply