“Jawablah dalam kubvr!” – Rakan artis diminta waspada dengan ‘Aaron Aziz’

SELEPAS terpalit dengan isu diperdaya dengan berkongsi maklumat palsu mengenai kanak-kanak penghidap kanser, pelakon Aaron Aziz diuji pula apabila terdapat individu yang menyamar menjadi dirinya bagi memperdaya rakan-rakan artis.

Aaron berkata, setakat ini individu itu telah menguhubungi tiga orang artis dengan tujuan tertentu.

“Assalamualaikum, saya nak beritahu kepada rakan-rakan artis agar berhati-hari ada scammer yang menjadi diri saya menerusi berbagai cara.

“Dia dah hubungi tiga rakan artis menggunakan nama saya, saya harap yang lain berwaspada dengan nombor telefon akhirnya 5627 jangan layan.

 

“Kepada rakan artis yang kenali saya, saya tidak akan hubungi anda tanpa sebarang sebab,” ujarnya di Instagram pada Rabu.

Aaron berkata dia tidak menghubungi mana-mana artis tanpa sebarang urusan melainkan berkaitan kerja.

Dalam pada itu, Aaron memberi amaran kepada individu tersebut supaya berhanti penipu dan membuat kerja yang lebih berfaedah.

“Kepada budak ni buatlah perkara yang lebih berfaedah, jadilah diri anda sendiri kalau nak jadi orang lain jadilah pelakon.

“Macam mana pun anda kena jawablah dekat dalam kubur nanti sebab penipu jadi orang lain,” ujarnya

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply