Antara Koleksi Busana Pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza Paling Cantik.

Antara Koleksi Busana Pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza Paling Cantik.

Busana memainkan peranan penting dalam kerjaya seseorang artis.

Malah, busana juga adakalanya menyuntik keyakinan ketika beraksi di hadapan orang ramai terutamanya penyanyi.

Ada yang dikritik namun ada juga yang dipuji.

Sudah namanya penyanyi nombor satu negara, pastinya setiap apa yang dipakai akan dipandang ramai.

Berikut disenaraikan busana-busana paling cantik pilihan Gempak yang pernah diperagakan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan.

1. Dres renda hitam (Lebih Indah, AIM 20, Kuala Lumpur)

Siti mendendangkan single yang sedang popular sekitar tahun 2013, Lebih Indah bertemankan pecahan cermin di sekeliling.

Dres renda hitam itu masih sopan dan kemas terletak ditubuh beliau.

Draping dari bahu ke pinggul Siti menambah elemen klasik pada busana itu.

 

 

2. Dres & kurung moden (Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London)

Helaian demi helaian ketika Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London pada tahun 2005 paling meninggalkan kesan.

Siti sungguh ayu, nampak selesa dan pada masa sama mencerminkan nilai kemelayuan tinggi dalam busana yang diperagakan di pentas berprestij itu.

Michael Ong dan Radzuan Radziwil melakukan yang terbaik untuk Siti!

3. Jumper Merah & Seluar (Anugerah Juara Lagu 2003, Kuala Lumpur)

Jarang melihat Siti menyarung helaian ringkas di pentas seperti ini.

Nampak chic dan selesa untuk pergerakan dalam lagu rancak seperti Ku Milikmu.

Dalam persembahan itu juga, Siti turut menunjukkan bakat dengan tarian ‘tap’.

 

 

4. Kurung moden nude (Resepsi Apek & Leuniey)

Ini kemunculan sulung Siti selepas bertudung penuh. Kehadiran Siti menyarung persalinan nude mencuri perhatian umum.

Siti turut mempersembahkan lagu Kenangan Terindah buat pasangan mempelai.

 

 

5. Puteri Perak Kuning (Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour, Singapura)

 

Rizman Ruzaini menterjemahkan gaya Puteri Perak untuk segmen tradisional dalam konsert terbaharu Siti, Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour di Singapura.

Dalam persalinan di Singapura, Siti menyarung busana Puteri Perak berwarna kuning diraja yang mendapat pujian ramai.

Menyerlah!

BONUS

Sejujurnya, kami merasakan busana terbaik yang pernah disarung Siti ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik ke-21 di PWTC, Kuala Lumpur sekitar 2014.

Siti yang mengungguli tiga kategori ketika anugerah itu kelihatan anggun menyarung persalinan rona biru gelap rekaan Fizi Woo.

 

Sleek yet elegant!

sumber: astro gempak

 

Leave a Reply