“Kalau Tahu Macam Ni Tak Nak Aku Ambil Anak Ni,” – Keluhan Aliff Syukri Dibalas Abby Abadi

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mesej peribadi seorang pengguna media sosial yang diberikan kepadanya berkaitan isu anak angkat.

Kongsi teks seperti yang dimuat naik penyanyi Abang Nak Tegur itu, ia antara lain berkongsi mengenai pengalamannya di dalam menjaga anak angkat, serta tuntutan oleh ibu bapa anak kandung anak angkat yang diambil.

Lalu menerusi ruangan kapsyen, Aliff berkata jika hal tersebut diketahui awal, dia tidak mahu mengambil anak angkat.

“Kalau tau macam ni tak nak aku ambil anak anak ini. Banyak modal dah jabus. Siapa tak faham lagi sila baca.

“Benda yang sama berlaku pada saya,” tulisnya.

Lalu, keluhan tersebut menerima pelbagai komen dari netizen termasuk rakan selebriti, Abby Abadi yang sebelum ini cukup aktif membantu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat.

Kata pelakon Gerak Khas itu, ibu bapa kandung tidak mudah untuk menuntut kembali anak mereka, kecuali atas sebab-sebab tertentu.

“Tak semudah itu nak tuntut tanpa sebab. Kecuali berlaku kes-kes yang membuatkan bayi teranaiya atau apa-apa isu berbangkit, baru si ibu boleh menang.

“Ingat halim tak tanya ke kenapa bagi? Apa pun, kalau ada dokumen, kena fight di mahkamah,” komennya.

Terdahulu, isu mengenai tuntutan kembali anak angkat Aliff Syukri mulai timbul apabila ada pihak yang menganggap salah seorang anak angkatnya, Qayyum tidak dijaga dengan baik.

Perkara tersebut dinafikan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Malah, difahamkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki itu juga dikatakan mahu mengambil seterusnya menjaga kembali anaknya.

Pada masa tang sama ramai pengikut Datuk Aliff memberi kata-kata semangat.

Foto: Instagram Aliff Syukri

kredit: MH

Leave a Reply