“Jenay4h yang lebih berat dari 1MDB” – Bro Saddiq & KJ ‘Troll’ Resepi Pelik Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan

Zaman sekarang banyak betul gubahan resepi yang begitu kreatif sampai mampu menggiurkan orang ramai, lihat sahaja di media sosial, ada je video-video resipi mahupun jualan makanan yang menjadi viral dan kegilaan ramai. Siapa yang tak suka makan kan?

Tapi ada juga yang tak boleh diterima akal, kadang-kadang gubahan yang melampau boleh menyebabkan orang jadi ‘geli’ nak rasa sebab terlalu pelik dengan campuran ramuannya.

Macam resipi nasi goreng terbaru Ahmad Maslanni.

Nasi Goreng Strawberi!

Errkk!! Dengar je pun dah pelik kan?

Tapi itu lah kenyataannya, kita semua tahu Ahmad Maslan terkenal dengan resipi nasi goreng dia kan? Salah satunya Nasi Goreng GST yang sampak berseleraaaaa sangat.

Sekarang ni pula dia ada satu cetusan idea dimana nasi goreng itu di sulamkan bersama buah strawberi. Siap ada kongsi resipi lagi tau! Rugi uols tak cuba!

Nasi Goreng #Strawberry !!
Asyik2 nasi goreng. Tak reti masak yg lain ke? 

Reti tapi ini special sbb strawberry beli di #CameronHighlands sempena pilihan raya kecil

Nasi, bawang, telur, bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit & strawberry dibelah dua

Sedap..sila cuba pic.twitter.com/hu5v2yOIQi

— DS Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 13, 2019

Jangan kata korang, KJ dengan  Bro Saddiqsendiri tak boleh terima dengan resepi cetusan hati Ahmad Maslan ni. Respon masing-masing memang win!

Jenayah yang lebih berat dari 1MDB – Syed Saddiq”

Nasi Goreng Strawberry?!?!
Jenayah yang lebih berat dari 1MDB 😝 https://t.co/CN5c0I2JFw

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 13, 2019

Ini gross – KJ”

Saya penyokong tegar masakan @ahmadmaslan. Tapi ini gross. https://t.co/Iy0IavFzMG

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 13, 2019

Makin mencuit hati apabila netizen ramai netizen tak boleh terima. Siap Tag Gordon Ramsay lagi! Siapa tak kenal kena makan nasi goreng strawberi ni!

Gordan Ramsay do you approve this recipe? – Netizen”

Umumnya, Gordon Ramsay ni orangnya memang jenis straightforward, chef terkenal dari UK ini memang cukup lantang apabila orang bertanyakan pendapat tentang masakan mereka.

Gambar Gordon Ramsay bagi respon tu jangan percaya sebab admin check kat profile Twitter dia, tak ada pun cakap macam tu. 

Apapun, Ahmad Maslan ada jelaskan ini bukannya idea dia, ia berdasarkan resepi lain yang dah sedia ada. Oh begitu rupanyaa…

Saya tak kata resipi saya sesuatu yg original. 

Org lain pun dah buat nasi goreng strawberry & nasi lemak strawberry. 4 gambar ini bukan masakan saya. Org lain dah buat pun. Apa yg nak dihairankan sangat.

Kreativiti itu tanpa had. Yg tidak jenayah & tidak berdosa boleh dicuba. pic.twitter.com/bXLfTTn3YR

— DS Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 13, 2019

Ish korang ni tak baik tahu, kan dah merajuk. Betul lah katanya, buat resipi ni bukannya satu perbuatan jenayah pun. Korang cuba lah, pleasee…

sumber: lobakmerah

Leave a Reply