Akhirya Tengku Abdullah Akan Dimashyurkan! Daulat Tuanku!

PEKAN: Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalam bersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini.

Laporan lanjut menyusul.

Tengku Abdullah Mohon Doakan Yang Terbaik. Ada Sesuatu Yang Akan Diumumkan Petang Ini

Sebaik Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bermesyuarat selama kira-kira tiga setengah jam di Kuala Lumpur, tidak ada sebarang maklumat didedahkan kepada media berhubung keputusan yang dibuat hari ini.

Bagaimanapun pihak istana Pahang dijangka akan membuat pengumuman mengenainya di Istana Abu Bakar di Pekan, esok.

Hal itu dinyatakan setiausaha kerajaan negeri yang baru dilantik, Sallehuddin Ishak, selepas pertemuan sebuah hotel di Kuala Lumpur berakhir kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai butiran mesyuarat tersebut – yang dipengerusikan pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah – Sallehuddin hanya menjawab ringkas.

Akan ada pengumuman di Istana Abu Bakar, Pekan jam 3 petang esok,” katanya.

Sallehuddin juga enggan mengulas mengenai perkara yang akan diumumkan itu, termasuk kemungkinan ia berkaitan dengan mesyuarat hari ini.

Tengku Abdullah juga enggan memberi komen mengenai pertemuan tersebut.

” Terima kasih semua, tak ada komen,” katanya.

Doakan yang terbaik

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Jumaah Pangkuan Diraja Pahang bersidang dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi pengerusinya.

Pertemuan berlangsung di Jalan Conlay Kuala Lumpur itu menarik perhatian selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod Tengku Abdullah ketika ini ialah pemangku Sultan Pahang ekoran keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang tidak mengizinkan.

Tinjauan Malaysiakini mendapati antara tokoh yang menyertai pertemuan hari ini ialah bekas perdana menteri yang juga anggota parlimen Pekan Najib Razak dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Bagaimanapun Tengku Abdullah cuma memberi kenyataan ringkas ketika ditanya wartawan sejurus sebelum memasuki bilik mesyuarat.

“Assalamualaikum, doakan yang terbaik ya,” titah Tengku Abdullah yang diiringi adiknya Tengku Muda Tengku Abdul Rahman al-Haj.

Media sebelum ini melaporkan ada kemungkinan Tengku Abdullah akan ditabalkan sebagai sultan yang baru untuk Pahang bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah.

Langkah itu juga membuka kemungkinan Tengku Abdullah dilantik mengisi kekosongan jawatan Agong selepas pengunduran Sultan Muhammad V.

Mengikut sistem penggiliran Agong, selepas Kelantan jawatan Agong akan disandang oleh Sultan Pahang.

Majlis Raja-raja akan bersidang pada 24 Jan ini bagi melantik Agong ke-16 dan majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada seminggu kemudian.

Sehingga Agong yang baru dilantik Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong kini menjadi pemangku Agong.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : malaysiakini

Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda adalah anak keempat daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Sultan Ahmad Shah dengan Almarhum Tengku Ampuan Afzan.

Pada 1 Julai 1975, baginda dilantik Tengku Mahkota Pahang dan dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St Thomas, Kuantan dan Sekolah Menengah St Thomas, Kuantan.

Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School (1975-1978), Davies College, London – Advance School (1978-1979), Royal Military Academy, Sandhurst, England (1979-1980) dan Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) (1981).

Ketika berusia 20 tahun, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 selepas ayahandanya, Sultan Ahmad Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-VII, pelantikan baginda itu adalah untuk tempoh lima tahun.

Baginda dilantik semula sebagai Pemangku Raja Pahang selepas mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah yang diisytiharkan dalam surat rasmi Kerajaan Pahang bertarikh 28 Disember 2016.

Berkahwin dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Mac 1986.

Mempunyai empat putera dan lima puteri:

Tengku Amir Nasser

Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah

Tengku Puteri Iman Afzan

Tengku Puteri Ilisha Ameera

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Antara jawatan lain dipegang baginda kini adalah Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Canselor Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM

Baginda juga pernah memegang jawatan dalam persatuan sukan antaranya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (MHF)

sumber: BH

Leave a Reply