Demi tiga wanita, berbelas tahun lelaki ini rela abdikan diri

PENGORBANAN seorang lelaki bergelar suami, menantu dan anak  meruntun hati netizen kerana kesanggupannya mengabdikan diri sepenuh masa untuk berbakti kepada tiga wanita penting dalam hidupnya.

Tanpa mengenal erti lelah, Khusran Othman menjaga isterinya yang lumpuh, ibu mertua yang menderita kanser rahim tahap empat dan ibu kandung yang semakin uzur sejak belasan tahun lalu.

Khusran membahagikan masanya kepada dua waktu iaitu menjaga ibunya pada sebelah siang, manakala isteri dan ibu mertua pula pada sebelah malam.

Sudah menjadi rutin buat Khusran untuk menukar giliran pada setiap pukul 3 pagi untuk menjaga ibunya setelah selesai menguruskan isteri dan ibu mertuanya.

Kisah itu didedahkan Profesor Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi akaun Facebook miliknya pada Ahad malam.

Menerusi posting tersebut, Dr Zainur Rashid berkata, hubungan persahabatan mereka berdua terputus seketika memandangkan pakar perunding kehormat obstetrik dan ginekologi itu terpaksa berpindah ke United Kingdom selama dua tahun bagi meneruskan latihan kepakaran.

“Saya mulai mengenali saudara Khusran Othman di Seremban sejak lebih 20 tahun yang lalu.

“Beliau dikhabarkan pulang ke kampungnya di Perlis setelah diberhentikan kerja (kerap ambil cuti) untuk menjaga isterinya yang sakit,” kata Zainur Rashid.

Tambah doktor perubatan dan pensyarah di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) itu, beliau tersentuh dan menangis melihat pengorbanan sahabatnya yang turut memasak dan mengemas di kedua-dua rumah tersebut.

“Hati saya sebak, tanpa disedari titisan air mata hangat mengalir melihatkan pengorbanan sahabat lama ini.

“Apabila ditanya apakah rahsia untuk dia memiliki kekuatan ini, beliau menjawab bahawa dirinya telah dipilih Allah untuk memberi khidmat ini sebagai jalan ke syurga,” tulis Dr Zainur Rashid.

komen netizen:




Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/12/24/jaga-tiga-wanita/#TfuYsDsXtYmadr68.99

Leave a Reply