“Terfikir Juga Berapa Ketul Gol Adik Ipar Kami Nak Sumbat Malam Ini…”- Che Ta Beri Sokongan Di Stadium

Pelakon Rozita Che Wan mengajak peminatnya menonton perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Menurut Rozita atau Che Ta dia akan tiba di stadium lebih awal supaya dapat mengambil gambar dengan lebih cerah.

“Haqi ni nk p stadium awai sikit .. ambik gambaq time ceqah baqu la letup .. lagi pun sure jam tahap gaban kan uols .. apa pun kita jmpa malam ni kt stadium…,” tulisnya.

Kakak ipar kepada pemain bola sepak Malaysia terkenal, Zaquan Adha itu berkongsi keterujaannya di akaun Instagram peribadinya.

Menerusi entri tersebut Che Ta menyarungkan jersey bola sepak negara serta berjaket dan boot.

Sementara itu, isteri kepada Zain Saidin tersebut tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya buat Zaquan.

“Terfikir jgk bqapa ketui gol adik ipaq kami nak sumbat mlm ni…good luck adik ipaq,” tulisnya lagi.

Posting tersebut menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata tak sabar hendak melihat gayanya ke stadium malam ini.

Malam ini menyaksikan perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam.

sumber: Astro gempak

Leave a Reply