“Saya Bangun Tidur & Mengadu Perut Makin Buncit, Selepas Itu…” – Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar, 35, mendedahkan orang pertama yang dapat mengesan dirinya sedang hamil ialah anak keduanya, Mohamed Haqaish.

Menurut Dynas, dia tidak menyedari dirinya sedang berbadan dua sehinggalah melakukan pemeriksaan doktor.

View this post on Instagram

Hello …. #lilPrikDy @dnabydynas

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

“Suatu hari, saya bangun tidur dan mengadu perut makin buncit.

“Selepas itu, Qaish katakan kepada saya, jangan risau sebab saya mengandung, bukan gemuk.

“Saya terkejut selepas mendengar apa yang Qaish katakan,” cerita Dynas ketika dihubungi Gempak.

Selepas ditegur oleh anaknya, pemilik nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini segera melakukan pemeriksaan doktor.

“Selepas itu, barulah saya pergi melakukan pemeriksaan doktor dan Alhamdulillah, apa yang Qaish katakan sememangnta tepat,” katanya.

Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

sumber: Astro gempak

Leave a Reply