Lisa Surihani, Umi Nazeera dan ramai lagi artis turun stadium beri semangat kepada Harimau Malaya

 

KUALA LUMPUR: Kurang sejam sahaja lagi sebelum perlawanan final pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2018 berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Penyokong dari seluruh negara yang berkampung di stadium mahupun di semua platform media sosial terus membakar semangat Harimau Malaya.

Tidak kurang juga rakan selebriti yang tidak henti-henti beri kata semangat kepada pemain negara untuk terus beraksi hebat dan cemerlang malam ini.

Antaranya, pelakon Lisa Surihani, Umi Nazeera dan Mawar Rashid yang kini sudah berada di stadium untuk turut serta menyorak dan menyokong pasukan kebangsaan

View this post on Instagram

yay dah sampaiii… Bismillah….. #affsuzukicup

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Pelakon Fizo Omar yang sempat bertemu kapten pasukan, Zaquan Adha dijangka menjaringkan dua gol.

Zaquan pada masa sama turut berharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan padu dengan kata-kata positif kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Ahli keluarga Zaquan yang juga selebriti popular seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Lan Pet Pet juga turun padang.

View this post on Instagram

🐯❤️🇲🇾

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

sumber: astro awani

Leave a Reply