“Cair Terus, Kena Kumpul Duit Kahwin Cepat” – Reaksi Syafie Naswip Bila Kekasih Sarung Busana Pengantin

Usikan pelakon Polis Evo 2, Syafie Naswip terhadap kekasihnya aktres, Aishah Azman yang menyarung busana pengantin mendapat perhatian peminat.

Syafie meninggal komen ‘nakal’ itu menerusi foto terbaru yang dimuat naik Aishah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Foto itu merakamkan Aishah yang kelihatan begitu cantik menggayakan busana pengantin berona putih rekaan Zamrimatouch.

“Oh my… Cair terus… Kena kumpul duit kahwin cepat ni,” usiknya.

Komen Syafie itu kemudiannya dibalas Aishah dengan menggunakan emoji love.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen yang sama peminat mula menyatakan rasa tidak sabar dan berharap pelakon lelaki itu segera melamar teman wanitanya.

“@syafienaswip semoga urusan kamu berdua dipermudahkan. Aamiin,” komen @_neejaaaaa

“@syafienaswip omg Aameen semoga dipercepatkan,” tulis @cikkusyaaa31

“@syafienaswip Cepat sikit! Jgn smpi aku sailang,” coret @benfauzee

Terdahulu, hubungan mesra Syafie dan Aishah menjadi perhatian netizen apabila pasangan itu kerap memuat gambar bersama di laman instagram masing-masing.



Foto: Instagram @aishahazman8

Leave a Reply