Aksi Sherry Alhadad Catwalk Ala Dewi Remaja 1980 Cuit Hati Netizen.Kelakar Habis!

Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad sememangnya dikenali dengan perwatakan yang lucu dan disenangi ramai.

Terbaru, menerusi laman sosial Instagram miliknya, Sherry berkongsi video aksi catwalk ketika menghadiri rakaman program Dewi Remaja 2018 / 2019.

Dalam video terbabit, Sherry cuba meniru aksi catwalk bekas peserta Dewi Remaja tahun 1980-an yang pernah tular satu ketika dulu.

Rata-rata peminat terhibur dengan aksi comel Sherry.

View this post on Instagram

Penyapu tu memang props

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen dan menganggap aksi Sherry melucukan, antaranya ialah Zara Zya, Yana Samsudin, Kilafairy, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Diacarakan oleh Scha Alyahya, Dewi Remaja 2018 / 2019 bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123) bermula 25 November.

sumber: Astro gempak

12 puteri bakal berentap dalam ‘Dewi Remaja’ 25 November depan

KUALA LUMPUR: Lebih tiga tahun berlalu sejak gelaran Dewi Remaja disandang oleh pelakon Raysha Rizrose, kini program Pencarian Dewi Remaja kembali mencungkil bakat-bakat baharu.

Kali ini seramai 12 peserta akan berentap untuk merebut gelaran juara yang akan bermula pada 25 November depan.

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pertandingan itu telah melahirkan bakat-bakat besar dan membawa impak serta sumbangan pada industri hiburan tanah air.

“Menyingkap sejarah penganjuran Dewi Remaja edisi pertama lebih tiga dekad yang lalu, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar pada industri hiburan.

Dari kiri; Datuk Hans Isaas, Scha Alyahya dan Datuk Aznil yang turut terlibat dalam Dewi Remaja kali ini.

“Program realiti ini berjaya melahirkan ramai nama-nama besar. Sehingga kini pengaruhnya terus kukuh sebagai platform berprestij untuk mengenal pasti bakat-bakat besar dengan pakej komersial yang lengkap,” katanya kepada mStar Online 

Emarina ditemui pada sidang media memperkenalkan peserta akhir Dewi Remaja 2018/2019 di Hard Rock Cafe di sini, Rabu.

12 peserta itu ialah Fazreen Fazera, 20, Ernisha, 23, Sherin, 23, Zeera Azizi, 22, Rasya Sofea, 22, Aween, 20, Lydia, 20, dan Rania, 19.

Turut bertanding Arena, 19, Anna Jobling, 18, Tia Shah, 18 dan Haneesya Hanee, 18.

Dewi Remaja 2018/2019 bakal bersiaran setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) bermula 25 November depan. 

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon terkenal Scha Al Yahya akan bertindak sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Manakala selebriti terkenal Datuk Hans Isaac dilantik sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan akan mengadili peserta.


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/10/31/dewi-remaja/#hoZV4X8APHsFv5Rp.99



Leave a Reply