[GAMBAR] “Anak U Kasi Lawa Sikit,”- Individu Ini Kritik Fizikal Anak Nana Mahazan, Netizen ‘Back-Up’ Laju Kasi Jawapan Padu!

Pengacara Nana Mahazan baru-baru ini ada memuat naik sekeping  foto OOTD bersama anaknya di akaun Instagram.

Namun, lain pula jadinya apabila seorang individu telah memberi komen berbaur penghinaan mengenai gambar berkenaan dan mengkritik sifat fizikal anak Nana, Althea Raqeem Brian.

“Anak ppuan u tu kasi lawa la sikit,” tulis individu berkenaan. 

 

Lantas, netizen tidak bersetuju dengan individu tersebut yang memberi komen sedemikian.

Rata-rata mereka turut ‘sekolahkan’ individu itu dan memberi respon yang pelbagai.

“Tak baik cakap macam tu,”

“Anak pmpn awak tu lawa sngt ke?,” 

“Tak lawa pun xpe, janji ada ADAB,”

“Amboi! Jahatnya mulut kau ye cik kak oiii,”

Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan telah  mendirikan rumah tangga bersama  Mohd Raqeem Brian pada Jun 2009 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Althea, 7 tahun dan Aaqib Raqeem Brain, 5 tahun.

Foto : Instagram Nana Mahazan

 

sumber: MH

 

Nana Mahazan idam perut ‘six-pack’

 

KRITIKAN dan cemuhan yang dilemparkan segelintir pengikut laman sosial apabila sering berkongsi rakaman video rutin senaman yang diamalkan menerusi Instagram langsung tidak membuatkan pengacara, Nana Mahazan berganjak daripada pendiriannya.

Bagi Nana atau nama lengkapnya, Nurul Hana Che Mahazan, 33, kecenderungannya berkongsi rakaman video itu sebagai motivasi kepada orang ramai untuk mempraktikkan gaya hidup sihat dan bukan bertujuan mempamerkan susuk tubuh atau ingin menunjuk-nunjuk.

Nana berkata, dirinya sentiasa positif dalam setiap tindak-tanduknya walaupun sering menerima pelbagai komen negatif.

 

Menyifatkan ia datang daripada mereka yang iri hati dan dengki dengan usahanya itu, Nana berharap masyarakat lebih terbuka serta tidak memandang hanya dari sudut negatif semata-mata.

“Perkara normal apabila sedang bersenam, pasti sesekali bahagian tubuh tertentu akan terdedah secara tidak sengaja. Saya langsung tidak mempunyai niat untuk mempamerkannya hanya kerana berasa diri ini seksi dan memiliki susuk tubuh menarik.

“Perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran kerana saya cuma ingin berkongsi tips dan rutin mudah untuk bersenam.

Sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, saya pernah dikaitkan dengan pelbagai cerita dan kontroversi. Saya sudah matang dan tidak lagi mudah terkesan dengan cemuhan orang ramai. Saya memilih untuk sentiasa bersikap positif saja,” kata Nana.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga enggan peduli apabila ramai yang mempertikai kegigihannya bersenam, apatah lagi Nana diakui ramai sebagai antara selebriti yang memiliki susuk tubuh menawan.

Setiap wanita, Nana juga mempunyai impian tersendiri dan satu daripadanya adalah mendapatkan bentuk perut ‘six pack’.

“Ramai yang bertanya, mengapa tiba-tiba saya begitu aktif bersenam. Saya tidak mempunyai jawapan untuk pertanyaan itu kerana keinginan datang secara spontan. Bangun saja daripada tidur beberapa minggu lalu, saya seperti mendapat semangat baharu.

“Saya ingin mendapatkan bentuk perut ‘six pack’. Sejak dulu, suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah sering memberikan saranan supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan beriadah. Raqeem begitu mementingkan penjagaan kesihatan, namun saya langsung tidak mengambil endah.

 

 

 

“Mungkin ketika itu, kesedaran belum ada dalam diri dan persoalan mengenai penjagaan kesihatan tidak terlalu dititikberatkan.

Apabila saya berubah, suami antara orang yang gembira dengan kesungguhan dan disiplin saya. Bersenam juga memberi peluang untuk kami meluangkan masa bersama.

“Pada masa sama, saya juga mula mengamalkan pemakanan sihat. Niat saya sekadar ingin berkongsi, sekali gus menggalakkan orang ramai supaya mempunyai minat untuk bersenam. Tetapi, nampaknya ramai yang lebih suka melihat sesuatu dari sudut negatif,” katanya.

Pernah marahi pengikut

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama itu mengakui, pernah memarahi beberapa pengikutnya apabila gambar anak-anaknya yang dimuat naik dalam laman sosial sering mendapat komen yang menyakitkan hatinya.

Bekas penyampai radio Era FM ini berkata, dirinya tidak akan berdiam jika orang luar menyentuh hal sensitif terutama apabila membabitkan keluarganya.

 

“Kebanyakan anggota masyarakat begitu kejam di media sosial. Mereka akan mengkritik sesuka hati tanpa berfikir panjang. Boleh dikatakan setiap gambar yang saya muat naik, pasti akan ada komen yang berbaur negatif.

“Tidak wajar untuk memberi komen negatif terhadap anak kecil yang tidak berdosa. Ibu mana yang tidak terusik apabila darah daging sendiri dikatakan hodoh? Saya tidak mampu berdiam diri, malah tidak teragak-agak akan membalas komen negatif yang dilemparkan itu.

“Suami pernah menyarankan supaya tidak ambil pusing, tetapi saya tidak mampu mengawal perasaan. Saya geram dengan komen yang menyakitkan hati itu dan pada masa sama, menyekat akses mereka. Saya tidak memerlukan mereka yang memberi aura negatif dalam hidup saya,” kata Nana.

Nana mempunyai dua anak iaitu Althea, 6, dan Aaqib Raqeem Brian, 3, hasil perkahwinannya dengan Raqeem. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009.

Beralih perbualan mengenai rezekinya dalam dunia hiburan, Nana berkata, dirinya menerima kepercayaan untuk mengendalikan sebuah program hiburan bermula bulan depan. Nana bagaimanapun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai projek terbaharunya itu.

“Syukur kerana masih ada pihak yang memberi kepercayaan, meskipun fokus utama saya ketika ini adalah keluarga. Secara peribadi, saya tidak lagi mengejar populariti. Saya juga sudah bersedia menerima hakikat jika kehadiran saya dalam bidang hiburan dilupakan.

“Alhamdulillah, selepas berhenti kerja dan memberikan fokus kepada keluarga, rezeki saya dalam bidang ini masih ada,” katanya.

 

sumber: BH

Leave a Reply