Buka Warung Tepi Jalan, Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang

Penyanyi veteran, Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman membuat ‘comeback’ selepas menyertai Gegar Vaganza musim pertama (GV1) pada 2014.

Namun, selepas itu Shima tidak seaktif peserta-peserta yang lain yang  banyak menerima undangan nyanyian. Shima akui, dia merasa pelik tatkala mengenangkan nasib kariernya selepas program itu.

Kredit Foto: Utusan Online

“Pelik juga sebenarnya. Nasib saya tidak sama seperti rakan lain yang menyertai GV. Selepas program tersebut saya tidak banyak menerima undangan nyanyian”- Katanya kepada Utusan Online

Seperti yang dilaporkan kepada Utusan Online, selain sibuk menguruskan rumah tangga, Shima dan suami turut memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur.

Shima berkata,  idea untuk memulakan perniagaan sudah lama difikirkan. Dahulu dia sering masak untuk rakan-rakan dan mereka memberi sokongan kepadanya untuk memulakan perniagaan. Namun kerana kekangan waktu niat tersebut tidak pernah menjadi. Shima ada rancangan untuk membuka restoran, dan kini dia mahu merealisasikan hasratnya itu.

“Sekarang rasanya masa yang tepat untuk memulakan perniagaan. Saya hanya berniaga secara kecil-kecilan. Jika usaha ini menjadi, siapa tahu satu hari nanti impian untuk membuka sebuah restoran akan tercapai,” katanya.

Shima yang memulakan perniagaan Warung Teringin di hadapan Pangsapuri Lestari, Damansara Damai, Selangor. Menurut Shima, walaupun dia kurang aktif dalam bidang nyanyian, tidak bermakna Shima mahu terus berhenti. Dia juga tidak pernah kisah jika ada beranggapan memulakan perniagaan di tepi jalan dek kerana sudah `sendu’ dan tidak laku.

 

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Kamarazzaman, 49, berkata, dia sedia menerima tawaran membuat persembahan biarpun sibuk mengusahakan gerai nasi campur.

“Saya sedia terima undangan menyanyi kalau kena dengan masa dan bayaran,” katanya.

Pada era 1990-an, Shima terkenal dengan rangkaian lagu seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki, Luka Dilukai dan Malam Yang Pasrah.

 

sumber: Hangat.com

Leave a Reply