‘Hanya Allah, Saya, Dia Dan Wanita Itu Saja Yang Tahu Perkara Sebenar’ – Mia Ahmad

Umum sedia maklum, rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan pemain bola sepak pasukan JDT Izham Tarmizi Roslan kini sedang bergoyah. Sebelum ini, Izham Tarmizi menafikan tuduhan yang kononnya dia berlaku curang terhadap pelakon Hati Perempuan itu.

Menerusi posting di Instagram Mia Ahmad akan tetap bertegas untuk mempertahankan rumah tangganya itu dan menjernihkan semula keadaan.

I’ll do whatever it takes

Status ini dimuatnaik pelakon Mia Ahmad di IG story yang mengatakan hanya dia, suami dan perempuan ketiga itu saja yang tau kebenarannya. Dan dia akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga.

Awak boleh cakap apa yang awak nak cakap dan saya akan benarkan awak tahu perkara sebenar. Saya tahu apa yang saya buat dan saya sedar tindakan saya itu. Hanya Allah, saya, dia dan wanita itu saja yang tahu perkara sebenar.

Jadi, apa seterusnya?

Saya akan buat segalanya demi mempertahankan rumah tangga saya. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku. Mereka tidak rasa apa yang saya rasai sekarang. Saya juga bersyukur kerana ada medium media sosial untuk memudahkan urusan saya. Jadi, apa seterusnya?

Semuanya ada sebab

Status ini turut dimuatnaik Mia Ahmad menerusi laman Instagram. Posting ini turut ditutup ruangan komen. Seolah status ini menggambarkan krisis hubungan dengan suaminya.

Izham ketika dihubungi mStar Online menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Katanya, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

 

Sumber: Mia Ahmad

 

kredit: Ohbulanvia Mstar

 

Leave a Reply