Gadis Mirip Siti Nurhaliza Mira Filzah Jadi Perhatian

Betul apa yang dikatakan orang dulu-dulu, dalam dunia ini ada tujuh orang yang berwajah sama. Baru-baru ini, wajah seorang gadis tular di media sosial apabila dikatakan kacukan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah.

Gadis cantik ini bernama Qasrina Karim dan merupakan seorang model muslimah. Foto Qasrina menjadi bualan ramai di Twitter dimana rata-rata netizen memuji kecantikannya.

 

 

 

Ada segelintir netizen mengatakan pernah terserempak dengan gadis itu yang tetap cantik walaupun tanpa mekap. Tidak kurang juga ramai di kalangan wanita makan hati melihat kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh gadis tersebut.

Kata seorang netizen yang mengenali gadis itu di sekolah rendah mengatakan gadis itu sememangnya cantik dan comel sejak dari kecil. Ada juga mengatakan mungkin ini wajah Siti Aafiyah apabila dewasa kelak. Ramai juga lelaki yang bergetar tulang rusuk melihat kecantikan gadis tersebut.

 

Leave a Reply