Tunai Umrah Minggu Depan, Sarah Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Mekah Serta Pohon Semuanya Dipermudahkan

Pasangan selebriti, Shuib dan Sarah bakal berangakat ke tanah suci Mekah minggu hadapan bagi menunaikan umrah. Perkara tersebut dimaklumkan Sarah kepada MH.

Penyanyi lagu Semakin ini memberitahu, keberangkatannya ke sana turut disertai penyanyi Mark Adam dan isterinya.

 

“Alhamdulillah, niat untuk kembali ke tanah suci termakbul minggu hadapan, insyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Pada masa sama, Sarah turut memohon maaf buat semua yang mengenali dirinya.

“Mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, tutur kata, perbuatan atau apa saja khilaf kami. Halalkan juga yang termakan, terminum.

“Doakan kami agar perjalanan umrah berjalan dengan baik dan mendapat Umrah mabrur Insyaallah,” pinta Sarah.

 

Sumbe

Menurut Sarah lagi, ini merupakan umrah ketiga dan kedua buat suaminya.

 

“Jika dizinkanNya, ia menjadi umrah kedua buat kami sebagai suami isteri, syukur alhamdulillah,” jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Sarah bakal bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 esok, mempersembahkan single terkininya, Semakin.

 

Sementara Shuib pula baru saja selepas melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records apabila berjaya menjadi Most Numbers of Bees On Human Body (Male), di Melaka beberapa hari lalu.

 

Siti Sarah terkedu sertai Misha Omar dan Noryn Aziz dalam ‘Soul Sisters’

 

TIGA penyanyi tersohor negara iaitu Siti Sarah Raisuddin, Misha Omar dan Noryn Aziz bakal bergabung suara dalam Konsert Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 5 dan 6 April tahun depan.

Menurut Siti Sarah, dia terkejut dan kehilangan kata-kata apabila ditawarkan oleh Edd Razhe Entertainment untuk menyertai konsert berprestij ini.

Penyanyi lagu Semakin ini menganggap peluang yang diberikan itu merupakan rezeki setelah kembali aktif sebagai penyanyi.

“Saya hilang kata-kata dan terkedu apabila ditawarkan menyertai konsert ini. Tak mungkin saya menolak peluang keemasan ini.

Siti Sarah terkedu ditawarkan untuk sertai konsert Soul Sisters.

“Bila saya masuk semula dalam industri, dengan pelbagai cabaran dan banyak benda terjadi, saya anggap ini sebagai rezeki. Alhamdullilah,” katanya kepada mStar Online.

Siti Sarah ditemui semasa sidang media Konsert Soul Sisters yang diadakan Acme Bar & Cafe, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Hadir sama Misha Omar dan Noryn Aziz.

Sementara itu, Penerbit konsert yang juga Pengarah Urusan Edd Razhe Entertaiment (ERE), Edd Razhe berkata, pemilihan tiga penyanyi ini dibuat berdasarkan reputasi mereka menyanyikan lagu secara langsung.

Malah, gabungan tiga suara ini bakal menerima sokongan peminat kerana buat pertama kali mereka berkongsi pentas yang sama.

“Ketiga-tiga artis rakaman ini sudah lama mencipta nama di rantau ini dan sudah sampai masanya mereka diberi peluang untuk beraksi dalam konsert berprestij di IB.

Konsert Soul Sisters akan diadakan pada April tahun hadapan.

“Buat julung kali, Konsert Soul Sisters  akan menggabungkan mereka bertiga dan semestinya ia akan dinantikan peminat yang tidak sabar menyaksikan gandingan mantap tiga diva ini,” katanya.

Dalam konsert itu, setiap penyanyi akan mempersembahkan empat lagu solo masing-masing dan lapan lagu secara medley.

Istimewanya, satu single baharu nyanyian mereka bertiga berjudul Bersatu Suara akan turut diperdengarkan pada hari konsert nanti.

Tiket-tiket berharga RM755, RM555, RM355, RM255 dan RM155 boleh ditenpah mulai Khamis ini menerusi laman sensawang www.airasiaredtix.com

SumberMH via Mstar

 

Foto: Instagram Sarah

Leave a Reply