“Tak Ada Duit Nak Datang Fashion Show Orang Buat Macam Ni!” – Scha Alyahya Bergaduh Dengan Sharifah Sakinah?

Gempak mendapat kiriman sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang sedang bertegang urat.

Menerusi butir dialog yang terdapat dalam video terbabit, kejadian itu berlaku di sebuah pertunjukan fesyen.

Berlaku sedikit pertengkaran antara Scha dan Sakinah, video itu turut menampakkan kelibat aktor Ben Amir dan aktres Sweet Qismina.

Ben cuba menjadi orang tengah antara Sakinah dan Scha yang sedang hangat berbalah

 

Scha & Sharifah Sakinah gaduh???

Apa dah jadi ni?? Scha Alyahya bergaduh dengan siapa tu?? Yang sorang tu macam Sharifah Sakinah.

Posted by Astro Gempak on Tuesday, 6 November 2018

 

Manakala Sweet pula menenangkan Sakinah yang cuba menyerang Scha.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Melihatkan kepada kemas kini Instagram semua pelakon terbabit, mereka tidak berkongsi mengenai perbalahan yang terjadi.

Mereka juga belum lagi mengeluarkan sebarang komen mengenai video tersebut… Gempak akan cuba merungkai apa sebenarnya yang terjadi, sama-sama kita nantikan!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Astro Gempak

 

 

Leave a Reply