Inilah 5 FOTO Wajah terbaharu Ako Mustapha selepas dua tahun mencuri perhatian Netizen!

PELAKON, Ako Mustapha berkata berat badannya kini sudah mencecah 70 kilogram dari 90 kilogram sejak dua tahun lalu.

Menurut laporan mStar Online, imej terbaharu aktor terkenal ini adalah atas dorongan dan ketegasan daripada isterinya iaitu Kartina Abdullah.

“Ada orang ingat perubahan saya ini mendadak sebaliknya ia usaha yang memakan masa dua tahun untuk mengurangkan 20 kilogram!

“Ini semua hasil ketegasan isteri saya yang mahu saya menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan sihat.

“Kebiasaannya dia akan pantau apa yang saya makan dan paksa saya bersenam. Apa dilakukan semuanya untuk kesihatan saya,” ujarnya.

Begitu pun, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 46, berkata, perubahan yang dilakukan itu demi untuk kebaikan kepada dirinya sebagai pelakon.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ako mengakui dia kini sudah jarang berlakon kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Katanya lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia lebih banyak bertindak sebagai produser menerbitkan program televisyen dan ia memberi kepuasan kepadanya.

“Tawaran berlakon masih ada cuma adakalanya saya tolak sebab kebanyakan watak diberikan sama sahaja… Jika ada yang benar-benar menarik perhatian saya terima.

“Sekarang saya banyak terlibat di belakang tabir, meneribtkan program televisyen selain ada bisnes lain,” ujarnya.

 

sumber foto : google imej

kredit: mstar

 

Leave a Reply