“Walaupun Ramai Yang Kecam, Tapi…”- Ini Alasan Che Ta Mengapa Buat Birthday Aaisyah Tema ‘Mermaid’

Setiap tahun sambutan ulang tahun kelahiran anak pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana sering mendapat perhatian.

Baru-baru ini, sambutan hari lahir Aaisyah yang ke empat tahun bukan sahaja mendapat perhatian malah menerima pelbagai kecaman apabila Rozita atau Che Ta mengadakannya dalam tema duyung atau kartun popular Mermaid.

Ketika sambutan hari jadi itu Aaisyah memakai baju tema duyung dan mendedahkan bahagian perutnya.

Seperti biasa, Che Ta tidak pernah mempedulikan apa jua kecaman dan mempunyai alasannya tersendiri.

Menurut Che Ta tema hari jadi itu diminta sendiri oleh Aaisyah dan puterinya itu gembira serta berpuas hati dengan sambutan hari jadinya.

“Budak kecik (Aaisyah) ni la yang request nak celebrate birthday dia tema mermaid la.. nak p Tokyo Disneyland la … kerana kasih ku turutkan ..

“Walaupun ramai yang kecam .. tapi tak apalah, Aaisyah happy giler Birthday party dia hari tu ..hari-hari dia ckp , thank u mummy,buat birthday Aaisyah, Aaisyah happy sangat..

“Tak kisah lah orang nak cakap apa , janji anak kita happy kan wak .. dan tak sangka budak kecik ni appreciate sangat apa yg kita buat utk depa..

“Yang dok mengecam tu mesti dulu-dulu mak bapak depa tak pernah buat birthday party… tambah-tambah dulu mana ada tema-tema,” tulisnya.

 

Che Ta meluahkan rasanya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

 

Aktress itu turut memuat naik fotonya bersama keluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun.


Rata-rata pengikut IGnya juga turut bersetuju dengan pendapat Che Ta.

 

sumber: Astro Gempak

 

Leave a Reply