Tahniah! Niena Baharun Sudah Selamat Lahirkan Anak

PELAKON Datin Niena Baharun selamat bersalin anak lelaki secara pembedahan seberat 3.03 kilogram, 11 pagi semalam di hospital di ibu negara.

Niena, 25, ketika dihubungi berkata, dia bersalin dua minggu awal daripada tarikh jangkaan doktor iaitu 8 November.

 

 

“Sedikit cemas apabila air ketuban pecah awal dan sangat banyak. Ketika dibawa ke hospital bukaan sudah 2 sentimeter, namun disebabkan saya jenis penakut, jadi dari awal lagi memang rancang nak jalani pembedahan.

 

“Ketika dibawa masuk ke bilik pembedahan, saya sangat gementar. Dalam fikiran, saya hanya mahu anak selamat, proses cepat habis dan segera tengok anak.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya berasa sangat bersyukur. Lima minit sebelum bayi ditarik keluar, doktor memanggil suami masuk dalam bilik pembedahan untuk tengok sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

 

Disebabkan tidak sabar untuk melihat bayi, Niena yang popular menerusi watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku minta tidak diberikan bius penuh.

“Ketika proses pembedahan dilakukan, saya separa sedar. Saya memang minta pada doktor. Ini kerana, saya ingin tengok bayi ditarik keluar.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Gembira, teruja dan sebak semuanya ada. Semalam satu hari saya baring. Pagi ini baru saya boleh bangun dan bergerak sikit.

“Memandangkan saya menjalani pembedahan, jadi kena banyak rehat. Insya-Allah, saya dijangka keluar dalam tempoh dua hari lagi. Saya juga akan berpantang di Kuala Lumpur dan dibantu ibu mentua dan bidan,” katanya.

Ditanya mengenai nama anak, Niena dan suami belum buat keputusan. Buat sementara waktu, anak sulung pasangan itu dipanggil Baby A.

 

“Saya dan suami masih berbincang. Belum ada yang ‘final’. Kalau ada nanti, Insya-Allah saya akan kongsikan selepas tujuh hari kelahiran mengikut sunah Nabi,” katanya.

Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.

 

sumber: metro online

Leave a Reply