[GAMBAR] Majlis Keraian Resepsi Anak Gadis Julia Rais, Tengku Puteri Iman Afzan

Suatu ketika dahulu, kami pernah menyiarkan sebuah artikel dimana pelakon veteran, Julia Rais mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera danTengku Ilyana merupakan antara puteri diraja yang tercantik di dunia dan baru-baru ini salah seorang daripada mereka selamat diijabkabulkan.

Tengku Iman Secocok Dengan Tengku Bakar!

Yang dimaksudkan adalah Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, 26 yang telah disatukan dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah , 32 pada 24 Ogos yang lalu. Pasangan diraja itu selamat dinikahkan oleh Tengku Abdullah sendiri dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

 

Manakala semalam berlangsungnya keraian majlis resepsi yang cukup meriah antara mempelai. Turut hadir adalah pelakon dan pengacara Neelofa.

 

Gaun Pengantin Masih Sentuhan Rizalman

Melihatkan pada gambar-gambar yang dikongsi di media sosial, ramai yang memuji kecantikan Tengku Iman apatah lagi menggayakan busana gaun pengantin yang mendapat sentuhan Datuk Rizalman menaikkan lagi seri ‘puteri diraja’ nya.

 

Persis sebuah kisah dongeng seorang puteri menemui putera yang dikasihi, kedua-duanya kelihatan begitu secocok sekali. Didoakan buat jodoh pasangan diraja Pahang ini berkekalan sehingga ke anak cucu. Merafak ucapan tahniah buat Tengku berdua!

 

 

Sumber: Hangat, instagram imanabdullah, neelofa

Leave a Reply