“This Is Breaking my Heart,” – Video Pengumuman Pesawat Liion Air Terhemp4s Trending, Sentuh Hati Ramai

Semalam, sebuah pesawat Lion Air, JT610 dilaporkan terhempas di perairian Tanjung Karawang, Indonesia yang difahamkan telah mengorbankan 189 nyawa, termasuk kru penerbangan.

Sejak itu, trending di media sosial #JT610 serta #LionAir menyaksikan ribuan orang menitipkan doa buat mangsa-mangsa nahas tersebut.

Bagaimanapun, satu video saat pengumuman pesawat tersebut terhempas diumumkan kepada ahli keluarga mangsa mendapat perhatian di Twitter.

 

Para artis Malaysia mengucapkan Takziah kepada Mangsa “This Is Breaking my Heart,” – Video Pengumuman Pesawat Lion Air Terhempas Trending, Sentuh Hati Ramai

Para artis Malaysia mengucapkan Takziah kepada Mangsa “This Is Breaking my Heart,” – Video Pengumuman Pesawat Lion Air Terhempas Trending, Sentuh Hati Ramai

Posted by Apabende? on Monday, 29 October 2018

 

 

 

Dalam video berdurasi 39 saat itu menunjukkan saat sayu ahli keluarga mangsa harus menerima bahawa orang tersayang mereka sudah meninggal dunia.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut bersedih dan merasa sayu saat menonton video tersebut malah ada juga yang merasakan bahawa video tersebut tidak wajar dipertontonkan kepada umum.

Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.

Dilaporkan, pesawat telah dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin iaitu, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.

Setakat ini, media melaporkan sebanyak 24 beg berisi jenazah penumpang pesawat berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian.

 

 

 

 

Foto/Twitter: Twitter

kredit: MH

Leave a Reply