“Sekali tengok macam Mat Sentol” – Lelaki Misteri Kena ‘Troll’ Lepas Viral Mengaku Diri Nabi Adam

Kalau sebelum ni kecoh di media sosial tentang kemunculan individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang baru, namun baru-baru ni muncul pulak individu lain dengan dakwaan yang lebih mengejutkan.

Menerusi posting Facebook Melaka Kini, seorang lelaki viral di media sosial lepas muat naik gambar dengan caption yangclaim diri beliau sebagai Nabi Adam dan pemerintah kepada alam baru. Erkkk sapa pulak ni??

 

Tak tahulah nak kata benda ni pelik atau sekadar bahan senda gurau ramai, tapi lelaki bernama Amin ni jugak dilihat ada kaitan dengan ‘Sultan Melaka’ yang baru.

Ada gambar Amin ni bersama ‘sultan’ tersebut dan kononnya ‘hulubalang’ kerajaan tu. Nak tergelak admin baca nama hulubalangnya. Desupsapsup ni macam The Flash ke? Huhuhu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tak cukup dengan tu, ibu kepada Amin ni juga katanya ada ‘crush’ dengan Sultan Brunei. Siap edit gambar berdua lagi. Uish another level betul! Admin speechless tak tahu nak cakap apa. 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Yang pelik ada pulak mengikut. Ini bukan sultan l*hanat. Ini bahan ketawa orang” 

Seperti yang kita semua dah agak, individu ni telah jadi bahan troll makcik dan pakcik bawang oleh kerana keanehan mereka yang bukan-bukan.

 

Ramai yang cakap kemungkinan besar individu ni ‘kemaruk’ ingin jadi sultan atau orang penting dalam negara sampai berfantasi hingga ke tahap ni. Uish ada jugak jenis macam ni…

Sumber: Facebook

kredit: lobakmerah

Leave a Reply