”Mama, Tolong Mama,” Rayu Anak Kecil Dilumur Minyak Tanah Sebelum M4ti Dibakar Ibu Kandungnya

Setelah 41 hari berjuang untuk hidup, kanak-kanak malang yang dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia baru-baru ini.

Jessica Mananohas yang berusia 10 tahun terbakar 85% peratus dari bahagian badan akibat dilumur minyak tanah dan dibakar oleh wanita itu dalam satu kejadian yang menggemparkan ramai di Kabupaten Kepulauan Sangihe, Sulawesi Utara, Indonesia.

Semasa dalam tempoh rawatan, kanak-kanak itu telah menjalani 6 kali operasi dan gagal diselamatkan biarpun sudah sembuh 70 peratus kerana luka kebakaran sudah menembusi paru-parunya.

Jessica Mananohas – Tribun News
Tribun News

Semasa hayatnya, Jessica dikenali sebagai seorang anak yang rajin kerana di usia kecil dia sudah ringan tulang membantu ibunya berniaga goreng pisang setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah tujuh tahun lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian ibunya, Olga Semet bertanya mengenai pisau yang hilang di rumah kepada Jessica dan adiknya  namun kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengetahuinya. Siapa sangka, dengan satu soalan itu membawa kepada satu tragedi menyayat hati.

”Awalnya saya cari pisau di dapur, saya tanya kepada kedua anak, Jessica dan Dave, ada atau tidak bermain pisau?

”Kemudian mereka mengatakan, tidak ada mama, jadi saya kembali ke dapur semula mencari pisau itu,”kata Olga saat ditemubual oleh media tempatan di Penjara Tahuna pada Jumaat.

Olga Semet – Tribun News

Namun, tidak semena-mena dia yang tidak berpuas hati, gagal mengawal emosinya ketika itu dan terus mengambil minyak tanah menyiram kedua-dua anaknya.

Setelah itu, dia menyalakan pula api pada daun pelepah dan membakar Jessica dari kaki hingga ke keseluruhan badan manakala adiknya berjaya menyelamatkan diri.

”Saya tidak sedar sampai anak saya terbakar, saya hanya menyedari perbuatan saya itu ketika dia menjerit ”mama, mama, tolong” dan ketika itu saya berusaha menolong Jessica dengan membuka bajunya.

Olga Semet – Tribun News

”Dia terus berlari ke bilik mandi dan saya terus menyiram air di tubuhnya sehingga api padam sebelum menyapu tomato pada seluruh bahagian tubuhnya yang terbakar.

”Sampai sekarang, jujur saya tidak mampu memaafkan diri sendiri, apa pun hukuman saya terima termasuklah hukuman gantung.” ujar Olga lagi yang mengaku sayang pada anak-anaknya itu dengan deraian air mata.

Jessica sudah selamat dimakamkan rabu lalu – Tribun news

Menurut pihak berkuasa, tidak ada alasan yang dapat meringankan kesalahan pelaku kerana dia berada dalam keadaan waras dan tidak mengalami gangguan mental berdasarkan ujian yang dijalankan dan rekod kesihatan pelaku sebelum ini.

Hukuman sekurang-kurangnya 15 tahun penjara akan dikenakan kepada wanita itu sekiranya disabitkan atas semua kesalahan.

 

kredit: Siakap keli

Sumber : Tribun News 1/Tribun News 2

Leave a Reply