Dia Fadila genggam Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya

KUALA LUMPUR – Penyanyi Dia Fadila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke -58 di Dewan Tunku Canselor, di sini hari ini.

Penyanyi berusia 34 tahun itu mendedahkan hasratnya untuk menyambung pengajian kerana terkesan dengan sumbangan arwah bapa mertuanya yang merupakan bekas Naib Canselor UM, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Abdullah Sanusi Ahmad.

“Keinginan menyambung pengajian di universiti tertua dan terbaik di Malaysia ini turut didorong oleh kakak ipar saya yang menjadi pensyarah di sini,” ujarnya yang sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Pemilik nama sebenar Nur Fardilla Nadia Abu Bakar itu mengambil masa selama empat tahun bagi menamatkan pengajiannya. Dia memulakan pengajian pada 2014.

 

Pelantun lagu Andai itu memilih tajuk kajian Stail Nyanyian Saloma Daripada Perspektif Vokal Klasikal Barat: Register (Vokal).

“Vocal register atau penempatan vokal adalah satu elemen yang sangat penting dalam nyanyian ataupun teknik vokal.

“Seorang vokalis tidak boleh memaksimakan kualiti dan jangkauan vokal, pembentukan posisi pita suara (vocal cord) atau kualiti ton tanpa menguasai vocal register.

“Jadi saya cuba mengkaji bagaimana Seniwati Saloma menyanyikan lagu-lagu beliau sehingga menjadi malar segar sehingga kini,” ujarnya yang sangat bersyukur kerana suaminya, Redza memahami hasratnya menyambung pengajian. – K! ONLINE

 

AKU MASIH SETIA BY Dia Fadila … GV5..vocall was superb and feel dia perghhh!!!Anyway this is my feveret song..termasuk lah lagu Andai from her..Eran bangga time tu bila dpt tau that the singer was from my school SMK PANDAN JAYA!! Yeahh..and time tu dlu dia senior Eran..session pagi dlu dia popular.. slalu nyanyi2 kt skolah..eran pulak time tu popular session petang.. so slalu mimpi nk dpt nyanyi same stage ngn dia..tp tak berjaya.. tah2 kelibat aku pon dia tak pnah nmpk agknya sbb bila i move to session pagi..dia dh abes skolah.. so sad..skali bila dh lama2..nyanyi punya nyanyi lps abes skolah…tak sangka dpt fren dgn dia jgk sbb dia mengajar vocal kwn2 eran…dia lecturer kat ASWARA time tu and from that dpt la kitorg g karaoke sesama wlaupon tk dpt show sesama… haihh..proud of u Diaaaa….glad that u are doing a come back! U got that capability! Show them what u got!!! BBNU KENA BLAJAR NYNYI AND PERFORM MCM ORG2 LAMA ni.. menusukkk tau!

Posted by Eranzz Lambert on Monday, 1 October 2018

 

Leave a Reply