Tun M Akui Mustahil Nak Hapuskan Tol

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) diadakan, pelbagai janji dan manifesto telah ‘dijanjikan’ oleh setiap parti bagi memperoleh sokongan rakyat. Antara manifesto yang mendapat perhatian ramai ialah pengecualian bayaran PTPTN dan pemansuhan bayaran tol.

Terbaru, menerusi laporan Sinar Online, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan beberapa manifesto itu sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Saya menentang

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir sebenarnya tidak  bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam janji dan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan lalu.

Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.

Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh dilakukan. Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol.

 

Bagaimana nak dapat untung?

Dr Mahathir turut menjelas lanjut berkaitan manifesto kerajaan untuk memansuhkan tol ini. Beliau juga bertanya siapakah yang akan bertanggungjawab dalam menyelenggara jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol buat rakyat.

Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya. Mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?

 

Perdana Menteri ini turut membuat perbandingan penggunaan tol jalan raya dengan England. Bagaimanapun, negara itu tidak mengenakan pembayaran tol buat rakyat tetapi mereka mengenakan cukai sangat tinggi ke atas petroleum.

 

Jadi, mereka menggunakan wang itu. Bagaimanapun jika anda memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya juga perlu membayar. Tetapi di sini pengguna lebuh raya yang bayar. Inilah pegangan kita. Bagi mereka yang tidak menggunakan lebuh raya, mengapa mereka perlu bayar?

 

LGE BILA NAK TUNAI JANJI HAPUSKAN TOL…Lu Janji Lain Bikin Lain aa…MENTERI PENIPU INI BILA NAK TUNAIKAN JANJI UNTUK HAPUSKAN TOL PLUS UTARA SELATAN DAN TOL SG PINANG…SEKARANG PARTI KAMU SUDAH KUASAI PUTRA JAYA MENGAPA TIDAK HAPUSKAN TOL DAN TUNAIKAN LAIN LAIN JANJI YANG LU BIKIN.???ITU LA PASAL LU MAKAN 🍅 LEBIH SANGAT APA SUDAH JADI?.KAN DAH LU JADI BENGONG BINGAI…#YouKelentongkrasilah#YouKakiTemberanglah

Posted by SJ Hamdan Al Edrucce on Tuesday, 21 August 2018

 

Sumber: Sinar Online

kredit: Ohbulan

Leave a Reply