“Suami Terkejut Lihat Saya Gelek Kerana…”- Hetty Sarlene

Penyanyi Hetty Sarlene akui suaminya, Daniel Oakes, 34, terkejut melihat persembahannya yang menyanyikan lagu dangdut berjudul Ah Rindu Lagi di Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Hetty, 34, berkata meskipun suaminya tidak memahami konsep tersebut, namun tetap memberi pujian kepada pesembahannya itu.

“Selepas persembahan tu, suami kata terkejut lihat saya gelek begitu kerana dia tidak biasa dan tidak pernah tahu mengenai dangdut sebelum ini.

“Bila saya tunjuk video lagu dan tarian dangdut baru dia mula faham.

“Namun dia turut memberi pujian persembahan saya sangat hebat malam itu,” katanya kepada Gempak.

 

Hetty yang menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Amelina itu berada di kedudukan keempat menerusi penjurian minggu lalu.

Penyanyi berasal dari Singapura itu berkahwin dengan orang Inggeris, Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, 34, pada 23 Julai 2016.

Sementara itu, Hetty memberitahu dia terpaksa berjauhan dengan suaminya sepanjang GV5 ini kerana menetap di Malasia untuk memberi focus kepada persembahannya setiap minggu.

“Saya sudah tinggal disini sejak lebih sebulan lalu, cuma suami masih di Singapura kerana urusan kerjanya di sana.

“Namun dia akan ke Malaysia setiap minggu dan memberi semangat kepada saya di GV5,” katanya lagi.

 

Tarian Gelek Hetty Sarlene Dapat Pujian Ramai, Ramai Yang Terhibur!

 

Menyanyikan lagu Ah! Rindu Lagi nyanyian Amelina, persembahan penyanyi kelahiran Singapura itu medapat pujian hebat dari juri yang berjaya mencuri perhatian penonton dengan keunikan suara dan tarian geleknya itu.

“Sebenarnya mood tu tak keluar lagi, masa hujung persembahan tu, saya all out sehabis mungkin dan rasa bagaikan ratu dangdut pula,” katanya kepada MH selepas selesai konsert yang berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam.

 

Tambah Hetty, dia tidak mempunyai perkara asas mengenai dunia dangdut ini, namun Hetty telah menjalani latihan tarian dan teknik menggunakan suara dangdut sebelum beraksi di atas pentas.

“Bukan senang  nak menyanyi dangdut  sambil menari,mana taknya dengan nak  ambil nafas lagi, yelah kita kan bukan dalam genre dangdut ni, tapi tu lah, dlm GV saya dapat tonjolkan kelainan genre diri saya yang sebenar,” jelasnya lagi.

 

Tambah plantun lagu Rindu Aku Rindu itu, dia bagaikan ‘tidak sedar’ tarian geleknya ketika di atas pentas itu itu kerana baginya dia melakukan persembahan ‘all out’ seperti ratu dangdut.

“Saya rasa macam ratu dangdut dan tak fikir apa dah, asalkan saya performe sebaik mungkin naynyi lagu Amelina ni. And now, Hetty rasa mcm mana rasanya nyanyi lagu dangut ni sambil gelek semua tu,” terangnya. 

 

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

 

Hetty Sarlene

bila Hetty Sarlene bawakan lagu dangdut.. gerehh sehhhhh (y) boekk teruk dohhh!#gegarvaganza#GV5

Posted by Gegar Vaganza 2018 on Monday, 8 October 2018

 

Video penuh:

 

 

 

 

 

sumber: AstroGempak via soyalemon

Leave a Reply