‘Saya bukan anak Sabri Yunus’ – Issey Fazlisham

PENYAMPAI radio dan pelakon Issey Fazlisham mendedahkan salah faham yang terjadi antara dirinya dengan pelawak dan pelakon Sabri Yunus.

Issey menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik satu ‘screenshot’ perbualannya dengan seorang netizen semalam.

Dalam entri tersebut, Issey menekankan kepada pengikutnya dia bukan anak kandung mahupun anak saudara kepada Sabri seperti yang dikatakan sebelum ini.

 

Ini respon peminat beliau..

 

 

Issey memberitahu Sabri adalah seorang sifu serta yang bertanggungjawab membawa dirinya masuk ke dalam industri seni ini.

Issey turut berkongsi siapa anak Sabri sebenar, Muhammad Saidi yang  juga merupakan seorang pelakon.

Issey mula aktif di industri hiburan pada tahun 2013 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

 

Pinjam lagu abe halim yazid

Posted by Issey Fazlisham on Wednesday, 22 August 2018

 

 

Sumber: astro awani

Leave a Reply