“Perempuan Malas Je Tertarik Dengan Lelaki Kaya,”- Dilabel ‘Gold Digger’, Ruhainies Naik Hantu?

Pelakon Ruhainies menempelak dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai  pemalas dan hanya tertarik dengan lelaki kaya.

Kenyataan tersebut dibuat susulan banyak pihak yang mendakwa Ruhainies sering menunjuk-nunjuk kemewahan teman lelakinya itu di media sosial.

Terbaru, Ruhainies dilihat bertelagah dengan netizen gara-gara memuat naik gambar teman lelakinya memandu sebuah kereta mewah.

 

Individu tersebut memberi tahu, hanya perempuan malas sahaja yang tertarik dengan lelaki kaya.

Bengang dengan tuduhan sedemikian, ini respon balas Ruhainies kepada individu tersebut.

“I’M TOO LAZY TOO WORK. CAN I LOAN SOME MONEY FROM YOU MY INDEPENDENT WOMAN? I BAYAR ANSUR-ANSUR. OR EXCHANGE OUR CAR KE,” TULISNYA

Tidak berhenti di situ, Ruhainies juga dilihat bertelagah dengan beberapa netizen lain di ruangan komen entri tersebut.

 

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang tampil mempertahankan Ruhainies dan meminta pelakon tersebut mengabaikan komen negatif tersebut.

 

Tidak lama selepas itu, Ruhainies ada memuat naik entri terbaru di Instagram miliknya memberi tahu, dia hanya mahu terus berfikiran positif untuk membuat dirinya bahagia.

Binatang apa yang Ruhainies pegang tu? 😳

Posted by ROTIKAYA on Thursday, 12 January 2017

 

 

Foto: Instagram Ruhainies

 

kredit: MH

Leave a Reply