‘Untunglah ada orang gaji!’ – Kapsyen isteri Aliff Syukri dikecam netizen

ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi sekeping foto yang telah mengundang kecaman netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara kapsyen yang ditulis Shahida menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pengikut di media sosialnya.

Rata-rata komen yang ditinggalkan mengecam Shahida kerana menyamakan tugasnya sebagai seorang wanita bekerjaya seperti wanita-wanita lain.

“@adelinemag09: Orang gaji sampai 5-6 orang kot! Tukang kebun driver lagi. Tak tau mana datang semangat konon! Jangan nak samakan dengan ibu-ibu yang bekerja tapi takde maid dekat rumah! Semua kena buat sendiri.”

“@spray_tudung: Lagi mencabar kalau takde maid.”

“@yusoffmeen: Sekurang-kurangnya datin ada ramai bibik..Takde la penat sangat ka..Saya ni anak 5 semua orang jaga sendiri..Mana dengan kerja..Balik rumah buat semua kerja-kerja rumah pulak..Penat memang penat tapi berbaloi bila tengok anak masuk universiti..alhamdulillah.”

“@moq1212: Untung la datin..Ade orang gaji..Penat pun takpa..Tak terkejar-kejar.”

“@eiya_zaza: Datin untung lah ada orang gaji.”

Namun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif di ruangan entri tersebut.

“@junainah14: Betul tu nak bahagia kan keluarga, dan niat nak membantu meringankan apa yang digalas oleh suami.”

“@nurulsyazwani1460: Betul tu datin kadang tak sangka boleh ada kekuatan tu tapi anak memang sumber kekuatan kita.”

“@fatehahfattah: Kagum dengan datin yang sangat pandai membahagikan masa dan sangat kental emosinya…Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah.”

“@lazz_anis_syed: Betul datin setuju sangat..Kalau sakit sekali pun badan jadi macam sihat juga semuanya untuk keluarga tersayang.”

“@azizahadnan_: Setuju datin! Women are strong. Insyaallah Allah menjaga dan merahmati kita semua.”

 

Datin Shahida Bobo DiMana

Posted by Viralmania IA on Friday, 21 September 2018

 

 

sumber:astro awani

Leave a Reply