Natasha bercerai kali ketiga…

“SAYA sudah bergelar solo dan kami berpisah secara baik.

“Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami.

 

“Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu,” kata pelakon terkenal Natasha Hudson, 36, ketika mengulas dakwaan dirinya sudah bercerai dengan suaminya seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini.

Ia susulan dari status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraiannya itu.

Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini.

“Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang,” katanya kepada Harian Metro.

 

Natasha dihubungi menerusi aplikasi WhatSapp, hari ini berkata, buat masa ini dia sibuk menjayakan misi kemanusiaan di Lombok, Indonesia.

Misi kali ini dilakukan dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.

“Selain bisnes, hidup dan kebahagiaan saya adalah dengan melakukan misi kemanusiaan dan kerja amal diredai Allah,” katanya.

 

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

 

Bila Natasha Hudson pun tersuka dengan niqab Qibtiyyah Exclusive. Alhamdulillah 😘#QibtiyyahExclusive#QibtiyyahWarriors#NiqabOriginalMalaysia

Posted by Amiera Baharudin II on Saturday, 17 February 2018

 

 

 

Sumber: Metro

Leave a Reply