‘Tidak Pernah Sekali Terlintas Di Fikiran Yang Kami Akan Kehilangan Punca Pendapatan Seperti Ini’

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) bagi kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa (MRT2). Berita itu akan mengakibatkan lebih 20,000 kakitangan kehilangan kerja serta punca pencarian.

Masih tidak percaya dengan keputusan itu, beberapa pekerja projek tersebut telah meluahkan rasa kecewa di laman sosial media di mana rata-rata masih bingung, tidak tahu ke mana arah tuju mereka selepas ini. Tambahan lagi peluang untuk mencari pekerjaan baru sekarang bukan lah mudah.

 

Muadh Mohd Nazlee, seorang daripada jurutera projek yang terjejas berkata, setakat ini MRT Corporation tidak mengeluarkan apa-apa arahan rasmi bagi menghentikan kerja di projek berkenaan.

 

Kami tidak tahu sama ada untuk meneruskan kerja atau berhenti. Apa yang kami tahu ialah kami perlu bersedia untuk menghadapi sesuatu yang sukar dan kami semua perlu mencari kerja di tempat lain,” katanya.

Pada Ahad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Kabinet telah memutuskan untuk menamatkan kontrak MMC-Gamuda dalam membina bahagian bawah tanah projek MRT 2, sambil menambah bahawa kerja yang belum selesai akan ditender semula melalui proses tender terbuka antarabangsa.

Guan Eng berkata, keputusan itu adalah sebahagian daripada langkah penjimatan kos kerana kerajaan akan menjimatkan RMM5.22 bilion atau 23 peratus daripada kos pembinaan MRT 2.

Bagaimanapun, MMC-Gamuda berkata, kira-kira 20,000 kakitangan daripada rantaian bekalan lebih 600 syarikat Malaysia akan kehilangan pekerjaan berikutan penamatan itu, termasuk lebih 3,000 pekerja syarikat usaha sama MMC-Gamuda, yang mana lebih daripada 60 peratus adalah Bumiputera.

Muadh berkata, pihaknya tidak menjangka langsung keputusan tersebut dan berharap kerajaan akan mempertimbangkannya semula.

“Ia secara tiba-tiba, terlalu cepat. Pengumuman itu dibuat pada Ahad dan sekarang kami dibiarkan terawang-awang,” katanya.

Menurutnya, pekerja sepenuh masa bukanlah satu-satunya yang terjejas kerana mereka yang berada di bawah Akademi Latihan Terowong (TTA) yang ditubuhkan MMC-Gamuda untuk melatih bakat tempatan untuk menjalankan kerja pembinaan berkemahiran tinggi juga terjejas.

“Adalah jelas bahawa setiap orang bimbang mengenai masa depan mereka. Mereka adalah orang yang rajin dan semua pekerja TTA adalah penduduk tempatan.

“Bayangkan jika kami diketepi daripada menjadi kontraktor utama, adakah semua kerja keras yang dilakukan mereka untuk membina masa depan akan sia-sia?” tanya beliau. – Bernama

 

Sedih dan bimbang

‘Ke mana arah hendak dituju oleh tunnellers seperti kami..’

Cari pekerjaan baru bukannya mudah

NEWS: MRT2 int’l open tender: Govt had ‘little choice’

Finance Minister Lim Guan Eng explains the MoF’s decision to terminate the MRT2 contract with the MMC-Gamuda consortium, which says the move will result in job losses of over 20,000 people.

Posted by The Edge Markets on Tuesday, 9 October 2018

 

 

Sumber: Facebook Hafizi Asmuni

 

kredit: ohbulan via sinar online

Leave a Reply