Stacy cedera gara-gara teruja naik motosikal

KUALA LUMPUR: Gara-gara teruja menaiki motosikal berkuasa tinggi bersama suami, Akim Ahmad, penyanyi Stacy Anam, mengalami kecederaan kecil apabila buku lalinya terkena ekzos kenderaan terbabit.

Stacy berkata, kejadian itu menjadi iktibar bukan saja buat dirinya, malah kepada orang ramai untuk memakai pakaian bersesuaian sebelum menunggang motosikal berkuasa besar.

“Kecederaan yang dialami tidaklah teruk, namun saya masih berasakan kesakitan itu kerana kelalaian diri sendiri. Saya terlalu teruja untuk menaiki motosikal milik suami, namun tidak memakai pakaian bersesuaian sehingga kaki melecet terkena ekzos.

 

“Lebih menyakitkan apabila saya cemas berhadapan dengan situasi itu dan hilang kawalan sehingga menyebabkan kesan lebam pada bahagian betis pula.

“Kejadian yang berlaku memberikan pengajaran buat saya untuk tidak mengulangi kelalaian sama. Teruja macam mana sekalipun, saya harus menitikberatkan soal pemakaian yang betul sebelum menunggang motosikal. Jadi, saya berkongsi perkara itu bagi memberi peringatan kepada semua orang juga,” kata Stacy.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, membuat perkongsian itu di Insta Story, sebentar tadi.

Bercakap mengenai kerjaya, penyanyi yang tampil dengan single terbaru ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Raja itu kini berjinak-jinak dalam penulisan lagu.

Menggunakan nama pena Bunga Cantik, dia menulis lirik untuk lagu terbaru Akim & The Majistret berjudul Rampas. Lagu itu dicipta oleh suaminya bersama Laq.

 

Thank you Stacy Angie Anam ….tq wish sebelum pigi show pagi tadi 😎. Hadiah paling best this year kena wish oleh bintang dan Icon music Malaysia. Trus diawangan saya terbang. Hehehe#originalsabahan

Posted by Casey Jovial on Wednesday, 18 July 2018

 

sumber: BH

Leave a Reply