Pekerja zoo m*ut dibaham harimau putih

TOKYO : Seorang penjaga zoo m*ut dibun*h seekor harimau putih ketika mangsa berada di dalam kandang haiwan berkenaan di selatan Jepun.

Pegawai polis tempatan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlum*ran darah di kandang harimau itu dan disahkan meningg*l duni*  selepas dibawa ke hospital.

Kejadian berkenaan berlaku lewat malam tadi di Zoo Hirakawa, di selatan bandar Kagoshima.

 

Menurut laporan media, Akira Furusho, 40 ditemui dalam keadaan cedera parah di bahagian leher dan polis percaya mangsa dibaham harimau dari spesis jarang dijumpai itu.

Pihak pengurusan zoo memberitahu, harimau yang terbabit menyerang mangsa diberi suntikan pelali bagi membolehkan pasukan penyelamat dan pihak polis masuk ke lokasi kejadian.

Tiada sebarang perkembangan terkini diketahui setakat ini berhubung nasib harimau yang menyerang mangsa. – AFP

 

Harimau putih ialah sejenis harimau yang membawa gen resesif yang menghasilkan pewarnaan pucatnya. Wujudnya satu lagi ciri genetik menyebabkan belangnya berwarna putih dan harimau tersebut turut dipanggil harimau "putih salju" atau putih sejati. hidupan ini adalah salah satu hidupan liar yang semakin sedikit populasinya di dunia ini. Namun begitu rakyat malaysia tidak perlu khuatir untuk melihat harimau putih secara langsung kerana pihak taman tema sunway lagoon Malaysia telah pun mengambil inisiatif bagi membawa masuk harimau tersebut ke taman hidupan liar sunway lagoon. [Tonton BNC di ASTRO 502, HyppTv 410 & WebTV www.bernama.com untuk berita lebih lanjut]

Posted by Bernama News Channel on Monday, 12 September 2016

 

video sekadar hiasan

 

 

Sumber: BH

Leave a Reply