Ika Nabella berang diminta makan bedak, telan peluntur

PELAKON Ika Nabella berang apabila didatangi segelintir pihak yang menegur wajahnya serta menyarankannya memutihkan kulit.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabella Abdul Rahim, 29, berkata, dia tidak akan melakukan perkara tersebut atas desakan mana-mana pihak sebaliknya berbangga dengan warna kulit gelap yang dimiliki sekarang.

“Oh nak tangkap gambar aku kena naikan glow, kau putihkan muka aku sampai hilang batang hidung kau sunting.

“Kau hina kulit aku pula. Sepanjang hidup aku tak pernah cuba putihkan kulit walaupun kawan-kawan baik aku semuanya putih gebu,” ujarnya.

Ika luah rasa marah di Instagram miliknya.

Tambah Ika, dia tidak akan cuba menukar warna kulit berikutan ingin mengekalkan kelainan semulajadi itu.

Malah, dia tidak peduli dengan kata-kata negatif yang dianggap sebagai satu hinaan buat dirinya.

“Saya bangga dengan warna kulit saya dan saya mahu berbeza daripada orang lain.

“Kawan-kawan saya hargai diri saya berbanding warna kulit saya. Orang yang beriya suruh saya makan bedak, telah Clorox (peluntur) itu bukanlah elok sangat pun, biasa-biasa jer,” tegrnya.

 

 

 

Tipulah kalau tak pernah gaduh – Ika Nabella

PELAKON Ika Nabella berkongsi kisah peribadi setelah hampir dua tahun melayari alam rumah tangga.

Posted by mStar Online on Thursday, 17 May 2018

 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/09/ika-nabella-kulit/#PwMPXmxz69hu7Ouz.99

 

 

Leave a Reply