Cadang Astro batal kemenangan Aishah, Vida mohon maaf

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memohon maaf di atas cadangannya sebelum ini agar Astro menarik balik gelaran juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dimenangi penyanyi Aishah.

Beliau berkata kenyataan tersebut dikeluarkannya ketika dalam keadaan marah.

“Saya pun terkejut sebab tiba-tiba dia (Aishah) tubik (keluar) dalam media sosial cakap palsu. Marilah jumpa saya dulu, kenapa nak tubik dulu.

“Saya pun ada angin juga, masa tu mulut  geram, jadi itulah yang tertubik. Itu saya minta maaf,” katanya pada sidang media khas mengenai penjelasan isu berlian pemberiannya kepada Aishah yang didakwa palsu di sini, Selasa.

 

 

Dalam pada itu, Vida tetap mempertahankan kenyataannya yang menyifatkan program GV bertujuan untuk membantu menaikkan artis ‘sendu’.

“Sekiranya perkataan sendu itu mengguris hati siapa-siapa yang terasa dia sendu,  kenapa dia terasa dia sendu, buatlah sesuatu supaya tak sendu.

“Yang sendu tu kenapa terasa, ‘wake up’, ‘move on’, jadikan diri anda tak sendu,” katanya.

Beliau turut meminta netizen supaya mencari perkataan lain bagi menggantikan perkataan sendu yang disifatkan sebagai terlalu sensitif.

“Apa istilah yang nak diguna pakai apabila lama menghilang, dulu popular sekarang tak popular, dulu ada show sekarang tak ada… bagi saya satu perkataan selain perkataan sendu.

“Bagi saya perkataan sendu biasa je sebab saya tahu netizen boleh gantikan perkataan itu seperti mana lahirnya perkataan kita seronok pakai seperti membawang. Jadi lahirkan satu lagi perkataan bagi sendu,” katanya.

 

Perkataan berlian palsu dijaja Aishah musnahkan semua bisnes Vida

 

Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menuntut penyanyi Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan ‘berlian palsu’ terhadap barang kemas yang dihadiahkan kepadanya semasa menjuarai Gegar Vaganza (GV4).

Beliau berkata perkataan ‘berlian palsu’ itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya.

“Mula-mula Aishah kena minta maaf dok royak (cakap) palsu-palsu mengenai berlian tapi saya bagi berlian sahaja ke? Tak… rantai emas putih lepas tu ‘sapphire’ dan seluruh barangan kemas itu dikatakan palsu.

“Dahlah bagi perkataan palsu, awak tahu tak impak tu habis rosak keseluruhan bisnes saya terutama kedai emas saya terjejas teruk.

“Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu habis rosak susu sebelanga. Jumlah kerugian sales merudum 70 peratus, merudum kedai emas saya termasuk produk-produk saya,” katanya pada sidang media di sini Selasa.

Dalam pada itu, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) turut mengajak Aishah untuk bersemuka bagi menjernihkan kemelut antara mereka.

“Kita jumpa dekat mana-mana. Tak kisah saya jumpa dia atau dia jumpa saya.

“Saya terbuka nak jumpa dia bila-bila masa, nak jumpa malam ini ke esok ke saya ok,” katanya.

 

Vida turut menuntut Aishah supaya memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial.

“Buang perkataan palsu itu. Penterjemahan awak lain, penterjemahan saya lain. Saya keluar ‘pitih’ (duit), awak hanya menerima rantai itu,” katanya.

Ketiga-tiga perkara itu merupakan tiga tuntutan Vida yang difailkan terhadap Aishah menerusi peguamnya, Zailan Mohamed.

Tuntutan tersebut sudah dihantar kepada peguam Aishah melalui satu surat yang dihantar pada Selasa.

Menurut Vida, jika Aishah sanggup menunaikan tiga tuntutan tersebut, beliau bersedia memohon maaf kepada penyanyi tersebut.

Malah, katanya beliau akan mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian tersebut dengan barang kemas lain.

“Kita akan pertimbangkan dengan barang kemas yang sama nilai berdasarkan penilaian saya,” katanya.

Sementara itu, Zailan berkata jika Aishah masih enggan mengadakan pertemuan, kes tersebut akan diselesaikan di mahkamah.

“Kita dah hantar surat bertarikh 9 September, hari ini. Dia ada tempoh tujuh hari untuk jawab.

“Jika tak selesai juga, kita selesaikan di mahkamah,” katanya.

 

"Saya terlalu defensive, tapi kini tidak lagi!" – Vida kecewa dipanggil penipu. Siapa yang ditipu? Dan siapa penipu disini?Bonia (MY): Pre-Order Limited Collection Monogram Sonia RM1599 http://invol.co/clbcuw

Posted by GegarVaganza on Tuesday, 9 October 2018

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/09/vida-tuntut-aishah-maaf/#RrXk1pFi1sglOR6R.99

 

 

Leave a Reply