Aeril Zafrel beri Mercedes, dibalas Vellfire oleh Wawa

KALAU sebelum ini Aeril Zafrel pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz C200 kepada Wawa Zainal, kali ini isterinya itu pula membuat perkara yang sama

Wawa, 27, memberikan hadiah Toyota Vellfire berwarna hitam kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami kepadanya itu.

“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport🤣.Tahun depan ye sayang,😍.” Tahun ni tahun yg sgt bermakna buat kami. sikit2 impian  Allah makbulkan. benarlah kta org rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat & tak pernah salah alamat”. Tulisnya

 

 

Dalam pada itu Wawa turut berkata, tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.

Wawa menerima hadiah kereta pada Jun lalu.

Dia turut bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada keluarganya.

“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” ujarnya.

Sebelum ini pada 3 Jun lalu, pelakon Patahnya Sebelah Sayap itu membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Hadiah itu juga adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

 

Wawa Zainal & Ariel Zafrel

Posted by Aesthetic Skin – Natural Aesthetic Solution on Saturday, 8 April 2017

 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/09/wawa-hadiah/#mrH7XxohE63wT3pt.99

Leave a Reply