7 ‘Post’ Instagram Paling Kontroversi Artis Malaysia

Nampaknya sepanjang tahun 2017 ini, artis lebih selesa untuk mengemaskini perkembangan terbaru menerusi media sosial. Antara platform yang paling popular adalah dengan aplikasi sosial Instagram. Namun ada baik dan buruknya jika platform ini dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi hal peribadi kerana dalam ramai-ramai pengikut pasti ada yang membenci.

Sepanjang tahun 2017, 7 selebriti ini terlihat telah mencetuskan kontroversi berpunca dari ‘posting’ mereka di Instagram sehingga dibanjiri ribuan komen sehinggakan menjejaskan reputasi artis tersebut. Jom lihat apa yang kontroversi sangat tu?

1.Fathia Latiff & Tun Mahathir

Fathia mencetuskan kontroversi selepas dia memuatnaik gambar bersama Tun M di Instagram dengan menulis kapsyen meluahkan rasa kecewa selepas berkunjung ke Galeri Petronas yang terletak di bangunan berkembar KLCC.

Fatiya merasakan pemimpin negara yang dihormati seperti Tun M seolah-olah tidak dihargai dengan hilang gambarnya di Galeri tersebut. Walaubagaimanapun, gambar di Instagram tersebut telah dipadamkan serta merta oleh Fatiya sendiri kerana mungkin isu sebegini agak sensitif untuk diluahkan kepada umum.

2. Nur Sajat Tunjuk Gambar ‘Haid’

Post yang agak kurang menyenangkan untuk dilihat apabila sebuah gambar darah kotor(haid) yang telah dimuatnaik oleh pengasas dan pemilik Nur Sajat AestheticNur Sajat Kamarulzaman dimana menurut beliau sedang mengalami proses haid.

 

Kerana gambar tersebut, rata-rata netizen telah menghentam Sajat kerana mereka berasakan beliau tidak perlu memuat naik gambar berkenaan yang disifatkan sebagai kotor.

3. Nadia Brian Pakai Bikini

Bergambar seksi dalam video di Instagram telah menyebabkan Nadia diserang kecaman dari netizen. Dalam salah satu video tersebut, Nadia sedang menikmati keindahan pantai sambil mengibas rambut dengan mengenakan pakaian mandi berwarna hitam.

Video yang dimuatnaik dalam Instagram Nadia ini telah dibanjiri komen kritikan dan menjadi tular di media sosial.

4. Mila Jirin Pakai Seksi

Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik oleh seorang pereka fesyen tempatan ini menjadi hangat diperkatakan. Gambar tersebut menyaksikan Mila sedang bersandar di dalam tab mandi dengan pose sensual. Klik gambar untuk cerita selajutnya.

Mila mengenakan busana berwarna coklat gelap dengan kain terbelah sehingga menampakkan kakinya. Sekali pandang ternyata nampak seksi, lagi-lagi Mila tampil dengan imej muslimah . Namun sebenarnya, pandangan mata netizen yang terkeliru apabila Mila memakai seluar yang seakan-akan seperti warna kulit.

5. Kila Fairy Tayang Punggung

Sebuah foto Kilafairy yang seakan-akan ingin menonjolkan punggungnya yang mantap itu telah mencetuskan kontroversi. Ternyata gambar yang satu ini dapat komen yang berbagai-bagai. Ada netizen meninggalkan komen seakan-akan berbaur lucah.

 

Ini membuatkan hangat.com merasa bimbang dengan kata-kata netizen ini kerana seakan-akan boleh menggugat keselamatan Kila jika berada di khalayak umum.

6. Adi Putra Ceraikan Kedua-dua Isterinya

Menerusi Instagram milik Ady Putra, dia telah mengesahkan bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan isteri pertama Aida Yusof dan isteri kedua Norshahida Zolkifly. Kenyataan Ady dalam tulisan itu menunjukkan dia telah menceraikan kedua-dua isterinya sekaligus menghentikan spekulasi orang ramai mengenai kontroversi ini.

7. Fasha Sandha dan Bekas Suami Berdamai

Menerusi akaun Instagram bekas suami Fasha SandhaRizal Ramli atau dikenali sebagai Jejai, seakan memberi bayangan bahawa mereka bakal rujuk semula. Namun sebenarnya mereka hanya berdamai, bukannya rujuk semula. Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Fasha menjelaskan mereka berdua telah menemukan jalan penyelesaian dengan baik. Klik gambar untuk cerita selanjutnya.

Anda rasa ada yang lebih kontorversi? Jangan ragu-ragu untuk kongsikan pada kami.

 

Confident is sexy💋

Posted by Nadia Brian GoldRing on Friday, 6 July 2018

 

 

 

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply