12 tahun jaga isteri lumpuh, peminat kesal pernah anggap Edika Yusof ‘pl4yboy’

NAMANYA pernah dipuja peminat. Wajah tampannya ketika itu menjadi igauan ramai.

Dia punya kelebihan untuk menarik perhatian mana-mana wanita. Namun, dia memilih untuk setia kerana sedar harga kesetiaan itu cukup mahal.

Dalam satu temuramah dengan stesen radio Sinar FM, pelakon Edika Yusof berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu.

Perkongsian di laman Facebook Sinar FM itu mendapat perhatian ramai pengakuan Edika yang langsung tidak terfikir untuk berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.

“Kahwin dua takkan menyelesaikan masalah. Jika ditakdirkan isteri kedua juga lumpuh, bermakna bertambah juga tanggungjawab saya,” kata Edika.

Selain rasa simpati, ada netizen yang meluahkan rasa kesal kerana pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap Edika.

Edika, di zaman kegemilangannya, sering dianggap ‘playboy’ dan kasanova kerana gaya dan ketampanannya.

Ditambah pula dengan watak Jefri, lelaki yang cintanya berubah sekelip mata dalam filem box office Maria Mariana, yang dilakonkan Edika, seolah-olah menguatkan lagi tanggapan itu.

Antara luahan yang paling mendapat perhatian adalah dari seorang pengguna Facebook dengan nama Nun Husna.

 

Seorang lagi pengguna Facebook, Nor, juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan status berikut.

 

Di tengah-tengah kebanjiran kisah rogol, bunuh, sumbang mahram dan buli sampai mati, saya terasa macam dapat satu…

Posted by Nor on Saturday, 12 August 2017

 

 

 

Kata Nor, dia kagum dengan kekuatan yang dipamerkan Edika walaupun diuji dengan sebegitu hebat.

“Ada suami yang nak tunggu isteri selesai berpantang pun tak mampu.

“Apabila berdepan masalah dan sumber rujukannya adalah Allah, maka Insya Allah terangkatlah darjat seorang hamba,” tulis Nor.

Video pengakuan Edika itu telah mendapat 1.4 juta tontonan, dengan lebih 47 ribu perkongsian.

 

 

 

Kesah edika Yusuf ni mengigatkan aku yg pernah lumpuh suatu tika dulu yg dijaga oleh Zikry Khafizul Afieyzo tampa mgambil rawatan hospital.aku g hospital pn setelah ddk dgn BONDA.betapa ssh payah nya en somi menjaga aku yg trlantar lumpuh…BONDA yg ssh payah ambil alih tugas bl en somi tiada di cc…hanya ALLAH yg tau betapa derita nya aku tika itu namun ku tahu ada yg lg derita dari ku…

Posted by Azlizah Binti Abas on Saturday, 2 September 2017

 

 

 

#InspirasiSinar – Edika Yusof

"Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat " Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun sehingga sekarang. #SinarKongsi

Posted by SINAR on Friday, 11 August 2017

 

 

Sumber: Astro awani

Leave a Reply