[VIDEO] Arja Lee Bawa Puteri Balqis Makan Malam, Gelagat Cerianya Bikin Netizen Gembira

Keaadaan terkini pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi sebelum ini disahkan menghidap penyakit kronik kini dilaporkan kian baik apabila sepotong video dirinya di muat naik bersama pelakon, Arja Lee.

 

Pelakon tersebut telah berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya yang antara lainya dia mendukung Balqis sambil berbual-bual.

Rata-rata peminat memberikan komen positif selain mengharapkan agar pelakon cilik itu sembuh seperti sedia kala.

 

Menerusi video tersebut, Arja dan Balqis atau mesra dengan panggilan Aqish itu baru sahaja selesai menikmati makan malam di sebuah restoran ‘seafood’.

Video yang mendapat hampir 30,000 tontonan itu memaparkan Balqis didukung oleh Arja dengan perasaan gembira dan manja.

 

“Malam yang sangat istimewa utk papa and anak papa sorang ni @rockingbalqis ‘ I’m so happy to see u sayang! Soon we go to @99wonderlandpark ok dengan mummy skali’ uncle @ffaizildesouza and @mandy_tham pls standby ok sebab Aqish nak dtg!

 

Aqish dah sihat Ceria happy and manjer sama mcm dulu ‘ papa sayang aqish so deeeppppp,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

 

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

 

Menerusi perkongsian video oleh ibunya sebelum ini, iaitu Norashikin Mohd Azizdi di akaun @rockingbalqis sekitar pukul 3 pagi, Aqish kelihatan lemah.

“It’s already 3am..haven’t slept for 2days.Puteri is still not in a very good condition,” coret ibunya dengan tanda pagar #lostWithoutHerSmile.

 

View this post on Instagram

#rockingbalqis

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

 

 

Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan Aqish mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.

 

 

Sumber: MH

 

 

Leave a Reply