Gara-gara Ditegur Secara Terbuka… Nourul Wahab Bergaduh Dengan Kawan Baik?? Puncanya…..

Penyanyi dan pelakon Nurul Wahab meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sahabat baiknya yang menegur soal peribadi secara terbuka di media sosial.

Katanya, dia telah kehilangan seorang rakan baik yang telah dianggap seperti ibu kedua kepada anak-anaknya akibat perselihan faham tersebut.

Terdahulu, Nurul ada memuat naik sebuah entri di Instagramnya untuk meluahkan rasa kesal terhadap sahabatnya itu.

“Pernah ada seorang kawan. Rapat. Malah bagaikan seorang ibu kedua kepada anak2. Sangat percaya kepada dia kalau kami suami isteri tinggalkan anak2 ke negara luar.  6 tahun kami akrab. Tapi berubah dengan satu situasi. Dua situasi rasanya. Satu, selepas pulang dari tanah suci – dia agak kurang selesa dengan kami yang agak open. (Padahal aku ke tanah suci dah dua kali walaupun aku tak bertudung) Kedua, apabila ditegur akan komennya secara terbuka di laman sosial tentang sesuatu yang peribadi. Tegur secara tertutup di telefonnya. ”

“Kedua insiden ini membuatkan dia jauh dan berubah. Bukankah bila kita mendekatkan diri dengan agama dan berubah cara berpakaian; kita harus buat lebih baik dengan kawan2 yang masih “jahil” supaya mereka akan mengikut jejak kita juga? Bukankah kita perlu menunjukkan nilai2 yang baik tentang agama dan diri kita sebagai seorang Muslim supaya ramai yang akan lebih tertarik untuk menjadi seperti kita? Bukan kah itu satu dakwah?”

“Sayangnya ramai yang berubah ke jalan Allah tapi lupa untuk berdakwah dengan cara yang sepatutnya. Malah mengecewakan sahabat dan rakan yang lainnya. Bukan kah itu juga dosa apabila menyakiti sahabat atau manusia lainnya? Semasa di tanah suci pada tahun 2000 & 2002, ustaz ada beritahu dan saya belajar, berdosa sesama manusia itu lebih teruk. Sebab jika tak diampunkan dibawa ke mati.

“Allah itu sifatnya Maha Pemgampun dan Maha Penyayang. Insya-Allah jika bertaubat pada waktunya, akan diampunkan dosa dosa kita. Andai berdosa sesama manusia? Haaa jenuh nak cari esok Kat akhirat nak minta ampun. Itu pun kalau ditempat yang sama.

“Peringatan ini buat semua. Tak kiralah sesama kawan atau komen2 atau membawang tentang artis atau saudara mara. Ingat ya. Susah kamu nak mencari nanti nak minta ampun. Jadi, jagalah bahasa. Jangan menyakiti sesama insan. Tak kiralah sesama Muslim atau pun tidak. Semuanya dikira.

“Andai semua faham akan maksud ini, maka akan manis2 sahaja bahasa yang akan kita gunakan setiap hari. Semoga dimanfaat,” jelasnya lagi.

 

Penyanyi lagu Keliru itu memberi tahu, menyakiti hati sahabat dan manusia lain juga merupakan satu dosa yang akan dibawa hingga ke mati sekiranya tidak diampunkan. Harapnya, ia tidak dibiarkan berpanjangan dan moga dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber: kakiShare

Leave a Reply