Cantiknya!! Siapakah Dua Pelakon Cantik Ini? Apa Kaitan Dengan Iwan Dangdut?

Di Bollywood, kehadiran selebriti yang mempunyai pertalian adik-beradik dengan nama-nama popular juga tidak kurang hebatnya. Lihatlah bagaimana populariti yang pernah dikecap oleh Karisma Kapoor yang kemudiannya diteruskan pula oleh Karina Kapoor. Namun ada selebriti adik-beradik yang tidak mendapat perhatian peminat.

Suasana selebriti adik-beradik di Malaysia juga tidak kurang meriahnya. Dalam bidang nyanyian, industri muzik mampu berbangga dengan pencapaian Anuar Zain dan Ziana Zain yang masih bertahan sehingga kini. Dunia lakonan turut menyaksikan kehadiran pelakon adik-beradik seperti Umie Aida dan Erma Fatima, Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah, Anne Ngasri serta Darling dan Bell Ngasri.

Kini, nama-nama seperti Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose serta adik-beradik anak kepada pelukis negara, Ismail Maembong iaitu Emma dan Chacha Maembong dilihat semakin mengorak langkah. Lahir dengan kecantikan semula jadi, namun dari satu sudut berbeza, pencapaian yang diraih mereka kelihatan belum setara.

 

 

Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.

Hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Kedua-dua pelakon cantik itu kini aktif menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen.Rupanya dua anak perempuan Iwan yang lebih dikenali sebagai Oktavia Manrose dan Apreena Manrose, kini menyambung legasi ibu bapanya sebagai anak seni.

Ibu mereka adalah adik-beradik. Bapa adik-beradik Maembong pula adalah sepupu ibu mereka.Pasti ramai yang tidak tahu,adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan Maembong.

Bagaimanapun,Dah macam keluarga The Kardashians. Bukan?? Apa yang pastinya adik-beradik Manrose,Senrose dan Maembong memang cantik-cantik belaka.

πŸ™ˆ

Posted by Aprena Manrose on Wednesday, 2 May 2018

 

 

Sumber: Kakishare

 

 

 

Leave a Reply