Harris Baba Timang Anak Kedua, Namakan Muhammad Umar Baba

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Harris Baba telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada 1 September lalu dan memperkenalkan bayi lelakinya yang diberi nama ‘Muhammad Umar Baba’.

Berita gembira itu dikongsinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Pandangan sisi Muhammad Umar Baba. Kini bapa kepada 2 orang anak.

“Cepatnya masa berlalu. Bagai tak percaya. Masha-Allah,” katanya.

 

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Katakan itu turut memuat naik fotonya bersama puteranya.

 

 

 

Harris mendirikan rumah tangga dengan bersama seorang wanita dari Keningau, Sabah, Nik Naziha Zawawi, 22, pada Mei 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Anak sulung pasangan bernama Aleena Ziya yang kini berusia setahun.

 

 

 

Sumber: Astro Gempak via My Artis

 

Leave a Reply