‘Samseng Cap Ayam’- Diana Danielle Beri Amaran Kepada Penyamun Kedai Dobi

Kes samun di Malaysia kini semakin berleluasa di mana-mana saja, tidak kira di bandar mahupun di kampung. Agak sukar sebenarnya nak membanteras jenayah samun ini lagi-lagi sekarang ramai yang tak takut dengan undang-undang dan hukuman yang mereka bakal hadapi.

Kes samun yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang wanita yang sedang menggunakan perkhidmatan dobi layan diri buatkan orang ramai jadi bimbang. Wanita ini diserang dua lelaki bersenjatakan parang.

Menerusi Instagram pelakon popular, Diana Danielle, beliau telah berkongsi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serangan penyamun tersebut. Beliau meluahkan rasa kesal terhadap penyamun yang disifatkan sebagai kurang ajar.

“Kurang ajar! siap main acah acah nak tetak kakak tu yang dah tak tau nak lari mana. Malas & sel otak tak mampu berhubung sampai susah nak kerja cari duit halal tapi rajin pulak samun orang. Semoga ditangkap dan diberi peluang untuk betulkan diri sebelum kau ditetak oleh orang lain pulak dek perangai samseng cap ayam”


Kejadian dipercayai berlaku di Bandar Puteri Jaya. Wanita malang itu secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan berbual sebelum menyamun telefon bimbit mangsa.
Selain itu, suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan merampas beg tangan.

Mangsa juga diarah menyerahkan rantai tangan sebelum seorang lagi lelaki muncul dan meragut rantai leher dengan menyelak tudung mangsa.

Kedua-dua penjenayah itu kemudian melarikan diri.

 

Sumber: Hangat.com

 

Leave a Reply