Jika tiada apa nak dikata, baik diam – Elfira

KUALA LUMPUR: Selepas cerita mengenai pertunangannya heboh diperkatakan, Ahad lalu, pelakon dan pengacara, Elfira Loy, akhirnya bersuara di Instagram.

 

 

Elfira menyatakan, Yang Maha Kuasa banyak memberikan ujian, yang menjadikan dirinya wanita cukup tabah serta sabar.

“Saya tahu, masa yang tepat akan tiba dan segala jawapan diinginkan bakal didedahkan nanti.

 

“Saya hanya perlu banyak berdoa kerana yang akan mengubah segala-galanya bukan anda, tetapi Allah SWT,” katanya.

Tambah Elfira, 24, dia juga berharap masyarakat tidak menilai dirinya, malah mereka tidak berhak untuk menghukum sesuka hati.

“Bagi saya, jika anda tidak mempunyai sesuatu yang baik untuk diperkatakan, lebih baik diam.

“Ia bukan untuk menggembirakan hati saya, sebaliknya menolong anda di akhirat kelak,” tulisnya.

Dalam pada itu, pada perkongsian sama Elfira berkata, awalnya dia menaip keterangan panjang lebar bagi menjelaskan apa yang berlaku.

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Ada banyak perkara yang ingin saya katakan dalam kapsyen ini.

“Saya menaip dan kemudian memadamkan semula kapsyen yang panjang bagi menjelaskan semua perkara yang berlaku pada diri ini. Tetapi, saya tidak melihat ada keperluan untuk saya berbuat begitu,” ujarnya.

 

Ahad lalu, dunia hiburan kecoh dengan berita pertunangan Elfira bersama pemuda yang juga pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, Muhammad Faris Khairol Anuar, 27.

Elfira dikatakan bertunang dengan Faris di kediamannya di Alam Damai, di sini, kira-kira jam 10 pagi, dalam majlis yang hanya dihadiri anggota keluarga dan teman rapat.

Kata kata semangat dati netizen:

Sumber: BH

 

Leave a Reply