Wan Maimunah masuk hospital

PETALING JAYA: Pelakon veteran Wan Maimunah, 65, dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu selepas mengalami sesak nafas selain terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Pelakon Jasmin Hamid, 45, menerusi Instagramnya memaklumkan mengenai keadaan pelakon tersebut dan meminta agar semua pihak mendoakan kesihatannya.

“Marilah kita sama-sama mendoakan untuk kakakku seniwati Wan Maimunah supaya cepat sembuh.

“Saya bertanyakan khabar beliau sendiri dan minta izin untuk khabarkan kepada yang mengenalinya bahawa beliau dimasukkan ke hospital kerana penyakit asma,” tulisnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/12/wan-maimunah/~/media/61c9dbada54a4f99b9a06bc1a3007c25.ashx?la=en&h=377&w=620

Jasmin Hamid memuat naik status berhubung keadaan Wan Maimunah.

Pada November dua tahun lalu, pelakon itu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru selain mengalami jantung bengkak selain mengadu sakit dada.

Dalam pada itu, Jasmin menerusi status sama berharap pihak seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) agar tampil membantu meringkan beban Wan Maimunah.

“Semoga sahabat-sahabat dan pihak Seniman dan Finas dapat membantu meringankan apa yang beliau sedang lalui sekarang… Amin,” tulisnya lagi.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubunginya bagi bertanya tentang situasi sebenarnya tidak berhasil apabila telefonnya dimatikan.

Dalam kerjaya seni, Wan Maimunah atau Wan Maimunah Wan Aziz banyak berlakon dalam drama dan filem tempatan termasuklah berkebolehan membawakan watak komedi dan antagonis.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/12/wan-maimunah/~/media/b79df717ac1f439f8ff7ff4552fcfeff.ashx?la=en

Pada 2016, Wan Maimunah pernah dimasukkan ke Hospital Jasin Melaka akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan jantung bengkak.

Dia pernah memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lima tahun berturut-turut dari 1992 sehingga 1996.

Pada tahun 2002, dia memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin menerusi drama Rumah Di Tengah Sawah.

Wan Maimunah pernah gagal dalam beberapa perkahwinannya termasuklah dengan usahawan dari Johor iaitu Makpol Saimon, 57.

Mereka berkahwin pada 14 Disember 2013 di sebuah hotel di Johor Baru dan bercerai pada April 2015 tanpa berkongsi sebabnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/12/wan-maimunah/#6rxWYOvAMp20hth4.99

Leave a Reply