Hanez Suraya alami penyakit ‘risau’ bimbang suami tak faham

PELAKON Hanez Suraya memberitahu suaminya, Romie Razin Adilha hanya mengetahui masalah kerisauan melampau (anxiety) yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Hanez, 33, berkata dia enggan berkongsi masalah itu pada awalnya kerana bimbang suaminya tidak memahami apa yang dilaluinya.

“Suami baru sahaja mengetahui tentang masalah anxiety yang saya alami semenjak melahirkan anak pertama kami pada 2015.

“Selama ini saya tidak berkongsi dengan sesiapa. Suami pernah tanya kenapa saya lebih suka menyendiri tapi saya selalu cakap tak ada apa-apa.

“Saya bimbang dia tidak memahami apa yang saya lalui. Sebab hanya orang yang lalui sahaja faham,” kata Hanez kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/11/hanez-suraya/~/media/378f2d0ab2974ea2a89c6040d5953e9d.ashx?la=en&h=465&w=620

Hanez baru saja memberitahu suaminya mengenai masalah kerisauan melampau yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Dia ditemui ketika ketika majlis pelancaran produk terbaharu Ubat Gigi Aurawhite di Meet & Dine, Cheras pada baru-baru ini.

Kata Hanez, dia mengalami masalah kerisauan yang melampau terhadap semua perkara selepas melahirkan anak perempuan, Puteri Aleesya pada 30 Disember 2015.

Hanez Suraya dan Romie, 37, berkahwin pada 25 Mac 2015.

Hanez juga terlalu banyak memikirkan kisah silam dan kerjaya seninya sehingga membuatkan dia takut melakukan kesalahan yang memudaratkan dirinya.

“Saya banyak sangat fikir tentang kisah kontroversi yang lalu dan kerjaya seni saya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/11/hanez-suraya/~/media/b8d583eecc9c4df0b08fe9ea6cef4126.ashx?la=en

Hanez Suraya.

“Sebabkan itu, semua benda saya jadi takut nak buat. Takut kalau lakukan kesalahan yang memudaratkan diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, keadaan Hanez semakin baik selepas berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association).

“Saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia.

“Rupa-rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama. Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa.

“Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif,” ujarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/11/hanez-suraya/#QG8utuelED2MiPa5.99

 

 

Leave a Reply